Saturday, August 14, 2010

Menu Berbuka Semalam

Pecal Kampung

Dah beberapa hari saya tak update blog, agak sibuk sikit sehari dua ni. Nak masak lagilah tak sempat memandangkan bila bulan Ramadhan je, Shah Alam ni jadi makin sesak la pulak. Jalan yang selalunya tak jem, boleh jadi jem panjang bukan main lagi.

Konon kononnya first day puasa tu, lepas kerja nak merayau la kat Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam. Tapi last minute something came up, kena stay back sampai 6.30 petang. Suruh my husband pergi dulu sementara saya siapkan kerja, dia still nak tunggu pergi sekali juga. Lastly bila sampai kat bazar, orang punyalah ramai bersesak dan makanan pun tak banyak pilihan. Nak beli air pun kena tunggu lama, akhirnya my husband ajak balik je, singgah 7 Eleven beli air kotak. Ha ambik kau.... first day puasa berbuka dengan air kotak je.

Laksa Pak Mat

Hari kedua dan semalam, my husband pergi bazar Ramadhan lebih kurang pukul 5 ptg, so saya bawa balik untuk berbuka. kalau sesak dalam jem pun takdelah risau sangat.


Ayam Percik

Semalam sampai rumah agak awal juga, sempat la pose makanan yang my husband beli untuk berbuka. Ada pecal kampung ( my favourite ni....), laksa untuk my husband, ayam percik dan kari kepala ikan. Hari ni takde plan lagi samada nak Jalan Jalan Cari Makan atau nak masak sendiri. Kena check dengan Big Boss dulu, tapi rasanya besar kemungkinan JJCM.

4 comments :

Bitter Sweet said...

selamat berpuasa zila!!

kat selayang ni pun sama zila, 1st day puasa dah la jalan dr kl heading to selayang jem, sampai2 je selayang nk gi bazaar ramadhan jue tgk awat lapang je bazaar ni, rupanya semua makanan dah abis..mmg rezeki kitaorg, ada lah stall yg jual nasi ayam..makan tu je lah, air lak bantai soya kotak..parah tul lah :D

tp zila lagi haru kut, buka ngan air kotak je :p

Kengkawan said...

laksa tu nampak mengancam.... selamat berpuasa tuan rumah

mizzura said...

nampak sedap..!

@xiM said...

pehhhhh ayam percik tu sungguh menggugat iman di kala ini..