Wednesday, August 4, 2010

Lokan Masak Cili Berserai

Semalam sebenarnya plan nak masak hati dan pedal ayam, goreng dengan kacang panjang.Alih alih masa nak balik petang semalam, my husband ajak pergi pasar malam kat Seksyen 6. Katanya dah lama tak merayap kat pasar malam. Rasanya tahun ni kami tak ke pasar malam lagi. Sebenarnya nak cari lauk yang dah siap masak, tapi bila habis pusing takde pun lauk yang memenuhi criteria tekak my husband.
Saya pulak merayap kat pasar yang jual bahan basah, ternampak siput ni yang diletakkan bersama sama dengan lala. Memang besar sungguh, saya tak pasti namanya tapi kalau tak silap orang gelar siput Lokan.
Isinya kecil je, kulit yang yang besar dan berat.


Lokan Masak Cili Berserai

Bahan bahan
1 bungkus Siput Lokan ( app. 1 kg )
1 batang serai
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cili kisar
3 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit air

Cara cara
1. Lokan di rendam seketika dan toskan.
2. Kisar bawang besar, bawang putih, cili padi, serai dan halia. Panaskan minyak dan tumis hingga wangi.
3. Masukkan cili kisar dan sedikit air dan biarkan hingga cili masak. Masukkan sos tiram, garam dan gula.
4. Gaul rata, masukkan lokan tadi. Kacau dan tutu periuk / kuali tadi. Sesekali kacau dan balikkan lokan di dalam periuk/ kuali.
5. Apabila kulit lokan sudah terbuka, menandakan sudah masak, bolehlah tutup api dan sedia dihidangkan.

6 comments :

LENDANUAR said...

kak sedap tu..blm rasa pun dah tau pastinya sedap..lenda blm penah makan lokan lagi..kalo lala selalu gak//hmmm yummy

Jamak Aton Habi Mahmood said...

cantikkk n sedapppnye nmpk : )

nyumm nyummm

hazila said...

Lendanuar,
Akak pun jarang jumpa, rasanya lebih kurang sama dengan lala je. Saiz je yg sedikit besar.

hazila said...

Aton,
Mula mula kena jamu mata sebelum jamu perut. hehehehe....

Jamak Aton Habi Mahmood said...

hehe betul tu kak : )

best tgk gmbo akak keje apa eh
mcm artistik gitu gambar

_jiji-

hazila said...

Aton,
Akak kerja sendiri, tapi ada kena mengena dengan Graphic Design.