Sunday, May 13, 2012

Apple Pie


Salam dan selamat berhujung minggu...

Alahai hari Ahad dan pun hampir melabuhkan tirainya, esok dah kena kerja semula. Macam itulah rutin yang kena lalui selagi terdaya....

Hari ini saya dan suami takde plan nak merayap diluar, so lepas makan tengahari mulalah menggodek apa yang patut untuk mengunyah di petang hari...



Hari ini saya buat Apple Pie menggunakan puff pastry yang saya beli hampir seminggu lepas. Asyik tertangguh je nak buat apple pie. Maklumlah sekejap nak buat sardine puff la, sekejap nak buat curry puff la.... akhirnya jadi Applie Pie.



Minggu lepas masa jalan jalan cuci mata hari Ahad, kami singgah di satu kedai yang menjual peralatan dapur. Harga barangan dalam kedai ni boleh dikatakan agak mahal dan kadang kala mau terbeliak juga biji mata menengoknya. Masa tu my parents datang dan kami bawa mereka jalan jalan, so masa mencuci mata tu, saya ternampak satu pastry board. Jeling kat my husband, then dia cakap kalau nak ambik je lah.... so hari ni merasmikan pastry board yg baru beli la....


Mula ingat nak masak dulu filling apple pie, tapi last minute tukar fikiran. 



Lepas tutup, buat scoring dulu.


Then sapu kuning telur sebelum bakar.


My Apple Pie



8 comments :

kasihredha said...

selamat hari ibu .
pie tu bak le sini sikit...uwaaa

hazila said...

Kka kasih selamat hari ibu juga. Mesti ada makan besar kan.

Chik Mimi said...

wah nak jugak sambil guling guling heheheh cheq punya pastry puff tu duk bertapa dalam esbok beli hat saiz besaq tu tak best ar

hazila said...

Chik mimi, kalau haq kecik kena buat individual size. Cheq malaiah sungguh la..... Tapi yg niguna acuan aai 20cm so just nice. Ada balance pastry lagi.

~~zana@pb~~ said...

kak pb paling suka pie apple, boleh makan sorang taknak kongsi. Takk pernah lagi beli pastry yg dah siap, takde rasanya kat sini.

ibundo said...

hazila, tq bagi idea ni. Puff pastry bundo dah bezaman dalam peti ais tu. Bolehlah bundo buat pie..

zila 4ever said...

moning zila
selamat hari ibu..wahhh nak jugak cikit..he hehe sedappnya la..bila la turn kita nk try nie..:)

Azie said...

As salam Zila, memang menelan air liur jer tengok apple pie ni. Sedap nyer