Wednesday, May 16, 2012

Teh O Lemon, Lychee & Madu


Salam dan Selamat Sejahtera...


Hari ini 16 Mei ialah Hari Guru. 

Selamat menyambut Hari Guru buat semua guru especially semua guru yang pernah mengajar saya. Juga kepada ibu dan adik saya yang menjadi guru. Ibu saya dulu merupakan bekas guru tadika. Sampai sekarang, bekas anak murid yang bertembung dengan ibu saya masih memanggilnya cikgu. Semua cakap dia cikgu yang garang.

Sekarang adik perempuan saya mengikut jejaknya menjadi guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Perah, Terengganu. Saya memang tak boleh jadi guru, sebab saya pun garang dan tak tahan sabar.


Aset terpenting bagi guru tentunya "suara". Bayangkan kalau guru sakit tekak, macam mana nak mengajar kan.... Teringat pada kawan saya yg juga merupakan seorang guru, dia cakap kalau tiba tiba kena sakit tekak dan suara hilang, maka seksa juga nak mengendalikan kelas. Kalau pakai bahasa isyarat pun belum tentu pelajar pelajar faham especially kalau mengajar sekolah rendah.

Jadi, apa kata kita minum teh o yang berperasa lemon, lychee dan madu untuk menjaga tekak dan suara....



Agaknya sekarang musim lychee di Thailand sebab banyak buah lychee boleh di dapati di pasar pasar malam. Harganya tidak lah terlalu mahal tambahan isinya manis sangat.

 Rasanya tak perlulah resepi, cuma adjust ikut selera masing masing.



Jemput minum....

15 comments :

Qasey Honey said...

sedapnya...jom minum...

hazila said...

Qasey Honey...
Jom!!!!!

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Hazila...
hmmmm segar nyer kalau dpt secawan teh o lemon nie.. mmg sesuai ngan mama yg sedang selsema nie..hehehe

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Hazila Good Morning!

Wahh air itu sangat fav! tapi guna laici tak pernah cuba.. wahh memang betul sekarang musim buah laici.. kunyah aje macam tu... tq berkongsi idea yaa.. :))

Happy Teacher's Day... :))

Mas said...

lepas ni leh try minum kalo rasa xsedap tekak mst segar je nnt...

Cik Puan Izan❤ said...

mesti cuba ni...kalau letak ice rasa2 lagi sedap tak..hehe

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

nak buat hi tea ptg ni la
fav ni...if blk loq staq mmg gi uncle john cafe order air ni ngeee

Mamasya said...

Salam Hazila. bagus ada tip jaga suara..teh lemon dgn madu..lycee.akak suka teh perisa buah gini,,,

dapurCikWan said...

sejuk2 aircond ni kalau pekena teh sedap gitu...woo ;)nikmat!

salam kenal drpd CikWan.

mama sara nur said...

assalam Hazila
sedapnye,,,rasa segar je bila kpekena air camni kan
selalu minum teh o limau dlm tin je he he
laici pun sedap...

zila 4ever said...

salam zila
nak laici seikat..pastu nk tumpang minum sekali yer..suka tgok zila maik gmbar..kemas jew..:)

Ayu said...

Assalam zila,
very nice photography!!..suka tengok..kita ni bilalah nak ambil gambar macam ni..ada props siap setting cantik2..

udang kara kat bawah tu lobsterkan..hari tu makan seafood kat jb, ambil 2 ekor lobster adalah besar sama macam kat bawah tu..u know how much?..RM$171.00!!!..nak terkeluar balik rasanya bila bayar tu..hahahha

hazila said...

Kak Ayu,
Fresh Lobster ( belum masak ) harganya RM70/kg. 1 ekor average 1 kilo ++. Cooked Lobster almost RM100/kg.

CitarasaKu said...

Salam Hazila....sedap nya dapat secawan teh beraroma lemon. Saya suka jugak dengan cawan teh awak yang berwarna putih tu sangat menawan hati.

inahar ali said...

salam zilaa..lamanye akak x ziarah kemari..pekabo? moga zila sihat selalu ye! air teh tu nmpak sedap tp laici tu mmg geram cumanye akak tgh batuk la nih..layan mata jerlaa..hehe!!