Monday, May 14, 2012

Udang Kara Aneka Sos


Salam dan Selamat Sejahtera....

Mesti ramai ibu ibu yang tersenyum riang sebab dapat special treatment semalam sempena hari ibu kan... Tapi bukan sehari saja kita menghargai ibu tetapi setiap hari ialah hari ibu.

Saya ada terdengar ada ustaz yang cakap, umat islam tak boleh meraikan hari ibu. Ada ustaz yang baca kutbah jumaat cakap, tak salah untuk kita meraikannya. Bila ada fakta yang bercanggah, ramai yang keliru...

Berbalik pada menu semalam, saya masak Udang Kara Aneka Sos. Kebetulan masa ke Kuala Selangor, kami nampak ada penjual yang menjual Udang kara @ Lobster. Sekadar ingin merasa, saya beli seekor. Tak pasti nak masak apa, saya cari dan terjumpa satu resepi dalam majalah RASA.


UDANG KARA ANEKA SOS

BAHAN BAHAN
1 ekor udang kara - dibersihkan, gaul dengan garam kunyit, goreng hingga masak dan ketepikan.

Bahan utk sos
1 labu bawang besar
1 inci halia
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 biji cili merah
1 batang serai
1 sudu teh jus limau nipis
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh sos ikan
1 sudu makan kicap manis
Garam dan gula
Minyak untuk menumis

Cara cara
1. Kisar bawang besar, bawang putih, cili padi, cili merah, halia dan serai hingga hancur.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan jus limau nipis, sos tiram, sos ikan dan kicap manis. Kacau sebati
3. Jika ingin sedikit berkuah, masukkan air. Perasakan dengan garam dan gula.  Masak hingga kuah agak pekat. Matikan api.
4. Keluarkan isi udang kara, potong kepada saiz yang sesuai. Masukkan isi udang ke dalam sos dan gaul sekata.
5.Masukkan semula isi udang ke dalam kulitnya, hidang di dalam pinggan hidangan. Curahkan lebihan sos ke atas udang dan taburkan daun ketumbar jika suka.
6. Sedia untuk dinikmati.

14 comments :

Rohah said...

salam kak HaZila,

huisss, beso udangnya..puas makan isinya nie..cantik dia posing atas pinggan..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

hari ibu semalam akak sibuk di lokasi sport day tadika anak bujang akak... hehehe.. takde apa2 yg istimewa.. cuma anakanda berdua tu adalah bg hadiah utk ibunya.. hadiah dari anak2 faham2 ajelah.. hehehe.. tp tak kisahlah.. yg penting mereka ingat nak gembirakan ibunya kan.. pasal percanggahan fakta tu memang mengelirukan.. tp pada pendapat akak.. tak salah kita meraikan hari ibu dengan niat yg sebenar2 untuk menghargai ibu.. bukan spt yang dikatakan nak mengingati 'ibu yang lain tu'...

baru jumaat lepas akak nampak kat pasaraya NSK ada terjual lobster tu.. tp yg frozen punya.. boleh tahan juga harganya walaupun yg frozen.. yg ni fresh mesti lagi mahal kan..

ibundo said...

sedapnya.....
Bagi bundo bahagian kepala tu.

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Wah...sedap nya...susah nak dapat...akak tak pandai masak ni...selalu bedal di restuarant...Tabik la Hazila

Qhaifa Nur said...

sedapnya udang...
puas makan...

zila 4ever said...

besarnya udang tue..puas klu dapat makn sorg2..sedapnyaaa.:)

wanie said...

wah sedap tu...susah juga nak dpt udang karang kat s.alam

Mas said...

terliur sungguh nengok udang kara tu... cantik tertonggeng atas pinggan tu hah....

dZana said...

aslmkum hazila.. udang mewah ni.. sedapnyaaaa...

mama sara nur said...

assalam
besarnya udang kara ni akak ingatkan tadi ketam he he
ada sekali hubby order akak tgk je sb tak makan udang..

kasihredha said...

besarnya...berapa ringgit seekor ni zila? sure banyak isi...oh sedapnya

Shahriah Abdullah Novelis said...

SAlam... wahhh lobster! komen yang pendek.. dah tentulah sedap! sebab mahal hhehehehe.. dan enak... dan gambar tu cantik sangat!!

AbbotCottage said...

umang aiiiiiiiiii, ini kena makan dalam bilik kunci pintu, dok sensorang dendiam, makan lobster, kalo tercekik, sindri tanggung, ekekekekkekeke..fuhhhhhhhh sedapnyaaaaaa.

rafaliah said...

wooww!! very inspiring nak memasak..really give me ideas nak memasak ape untuk harini..:-)