Thursday, May 24, 2012

Sambal Udang Harimau & Eggplant


Salam dan Salam Sejahtera....


Nampaknya ramai anak anak yang sedang berkira kira kemana destinasi yang hendak ditujui sempena cuti sekolah yang tidak berapa hari lagi. Yang pasti.... ibu bapa yang akan pening kepala kan. Mungkin ada ibu bapa yang sudah buat persiapan untuk bercuti bersama sama keluarga.

Anak saudara my husband dah start telefon my husband, macam bagi hints tentang cuti sekolah. Rasanya dia nak suruh my husband balik ambil dia di Perlis. Sebab masa cuti hujung tahun lepas, my husband cakap nanti cuti sekolah, boleh datang rumah Paklong dan kita pergi jalan jalan. Apalagi, budak budak mesti akan ingat kalau orang dewasa berjanji....


Malam tadi masak menu simple je, masing masing tak berapa sihat dan tak ada selera nak makan. Since saya pun tak berapa ada mood, saya masak sambal udang harimau. Ingat nak buat sayur terung goreng ke... tapi sebab dah malas sangat, saya goreng terung sehingga agak layu, kemudian tuang je sambal udang ke atasnya. Kan senang cerita..... 

Itulah kan, kalau dah malas, ada je idea nak senangkan kerja.....



13 comments :

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam.. hadoii sedapnya..udang yang landing atas terung tu.. waduhhh kecurnyaa... tak ada idea... yang tak ada idea tu lah yang terbaik! selamat bercuti rumah pak long yaa..:))

hazila said...

Sha,
Selalunya yg takde idea boleh timbul idea yg ntah hapa hapa kan....

Chah said...

malas pun hasil tetap mantoppp!!!

Qhaifa Nur said...

sedapnya sambal udang, eh..eh ada terung lagi best....

cuti sekolah kali ni ada plan nak gi holiday..mana yek nanti citer......

Chik Mimi said...

adoi yg simple pun sedappp

asyifamustaffa said...

adoi...! dapnya udang tu...
sdap jugak ye klau + trung tu...nak try la nnti...

Qasey Honey said...

wow..sedapnye tgk udang rimau tu masak sambal...xpyh lauk lain lg dh ni...cukup dh tu...ade sayur terung cukup lengkap...nk simpan resepi ni...myelerakan tgk lelama...hihi...tq

NenetPenne (NP) said...

ur malas is equivalent to my rajin

ni gaya orang malas? kalau gaya orang malas versi i, makan instant noodle dalam cup..

hazila said...

NP,
Kalau rajin at least ada 2 or 3 side dish. Ini semata samata sambal udang dengan nasi putih je.

kasihredha said...

dua2 suka...terung sambal suka...udang sambal lagilah suka :)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

lama x carik udang rimau nu
ikut musim kat sini kejap mahal kejap murah...wahhh curlastt sgt makan nasik guna hashi/chopstick tue

hazila said...

Ayu,
Chopstik tu props je. hehehehe.....

zila norazila said...

sedap mkn kering2 camnie..kita pun suka..mkn dgn nasi panas..laju jer menambah:)