Monday, May 7, 2012

Cucur Jawa @ Mexican Hat


Salam dan Selamat Pagi.


Sudah lebih seminggu blog ni tidak updated. Maaf sebab tuan rumah kurang sihat. Thanks to Chikmi sebab bertanyakan khabar. Bila kurang sihat, mood nak mengambil gambar pun tak ada. Bukan tak masak, cuma masak yang biasa biasa dan ulangan saja.

Malam tadi Shah Alam dibasahi hujan lebat sejak dari pukul 2.30 pagi hinggalah ke pagi. Seperti biasa, kesesakan lalu lintas yang agak teruk dan cuaca diluar pun masih mendung...



Tiba tiba teringin nak makan cucur jawa, so tanya pada mak saya bagaimana nak buat. Walaupun bahan yang digunakan tidak banyak, tetapi kalau silap cara tidak menjadi juga.

Rasanya ini kali kedua saya buat Cucur Jawa sendiri. Warna kuih agak cerah tidak hitam sangat sebab saya kurangkan kuantiti gula merah. So kalau suka kuih ini lebih kepada coklat kehitaman, maka lebihkan kuantiti gula merah. Kuih ini pun tidak terlalu manis, sedang sedang saja.


CUCUR JAWA
Source : My Mom

BAHAN
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
2 sudu makan gula
Secubit garam
Sedikit air

Campur semua bahan dan gaul sebati. Uli doh lebih kurang 5 minit dan ketepikan.

BAHAN BAHAN
1 cawan air
3/4 cawan gula
1/4 cawan gula merah
1 helai daun pandan

Masukkan semua bahan ke dalam periuk, masak hingga gula hancur. Tapis dan sejukkan sebentar.

CARA CARA
1. Tuang air gula ke dalam doh tepung yang telah diuli tadi sedikit demi sedikit. Kecairan bancuhan lebih kurang seperti hendak membuat kuih dadar. Simpan lebihan air gula.
2. Perap bancuhan semalaman, jika bancuhan agak pekak, tambahkan lebihan air gula.
3. Panaskan minyak, jgn terlalu banyak dengan api perlahan. Tuang satu senduk bancuhan ke dalam minyak. Biarkan sehingga kuih naik kemudian terbalikkan.
4. Bila kuih bewarna kecoklatan, angkat dan toskan. Ulang hingga adunan habis.


10 comments :

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

x pernah makan kot
jakun ni ngeee
ai pong baru update blog after 10days cuti akak...

Qasey Honey said...

QH pon sama xpenah mkn lg..jmpa pon mcm xpenah...hehe...bile berblog ni bru tau mcm2 jenis masakan...
nk mintak rasa 1 bleh...hehe

AbbotCottage said...

sedapnya....kalau ngadap kuih ni, tak sedo dah 6 bijik masuk perut.

ummiaisyah said...

salam kak Zila...tak sihat ekkk...berehat dn mkn ubat ye...kita dah tua2 ni mmg senang penyakit hinggap kalo x cukup nrehat...sensitip..badan dah masuk angin..sy le tu...
sy penah buat sekali cucur ni...suka sgt...nnti nk buat lagi guna resepi ni plak..take care ok

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

di PJ pun hujan lebat sejak 2 pagi juga mlm td... hingga ke pukul 6.50 turun dari rumah nak hantar anak ke sekolah hujan masih turun lagi...

tgk cucur jawa tu memang rasa nak buat je lagi... tp hari kerja mmg tak sempatla nak menggorengnya.. nnt leh cuba resepi ni pula yg dah dikurangkan manisnya...

zila 4ever said...

salam zila
kita pun x pernah rasa kuih nie..aritu mcm nampak kak madiha buat..beli pun x pernah jgk..tp teringin pulak nak rasa..:)

kasihredha said...

akak pernah makan waktu di Bandung dulu...lupa nama nya apa kat sana

mama sara nur said...

assalam
blk kg baru2 ni dah makan puas2 he he
cucur jawa ni kuih wajib kalu wat kenduri arwah kat kg sy, dulo2 la
memang sedap kalu yg lembut kan

Shahriah Abdullah Novelis said...

SAlam.. hadoii terasa2 sampai ke tekak ni hah.. nak cari kuih ni susah.. jarang orang berniaga buat ni... mana nak cari?? kalau buat makan tak berteman... huhuhuuu... nangis sambil lap mulut huaaaaahhhh

Amie said...

ooo cucur jawa namanya,
kalau di tempat Amie orang panggil kuih penjaram, kuih tradisi masyarakat bajau.