Thursday, May 24, 2012

Tauhu Sumbat



Tauhu Sumbat, antara makanan kesukaan saya. Ada orang suka makan tauhu sumbat dengan sos cili dan ada yang sukakan sos kacang. Tapi saya personally lebih sukakan kuah cili.

 Kalau lihat pada bahan bahan yang digunakan memang senang untuk didapati dan mudah juga untuk menyediakannya. Cuma yang agak remeh bila bab nak menyediakan kuah atau sosnya saja. Rasanya tauhu sumbat dijual dengan harga RM50 sepotong. Rasanya kalau ahli keluarga ramai lebih berbaloi menyediakannya sendiri di rumah.


Ada kawan saya yang berniaga makanan di Seksyen 6 Shah Alam, antara yang dijual ialah Tauhu Sumbat. Masa saya ke gerainya sebulan lepas, sempat juga merasa tauhu sumbat beliau. Tapi saya segan juga nak bertanya tentang resepi sos cilinya. Semasa berbual tu sempat juga dia bercerita tentang kerenah pelanggan yang hanya ingin membeli sos cili sahaja. Bila kawan saya bertanya pada pelanggan tu kenapa beli sos cili saja? Jawab pelanggan tu, tauhu murah je kalau nak beli tapi sos cili susah nak buat lagipun cili besar tu mahal harganya...

Begitulah kalau berurusan dengan pelanggan ni, macam macam kerenah yang kadang kala boleh menaikkan darah. Tapi nak buat macam mana kan, cari rezeki macam tu jadi kena tahan je lah...


Masa nak buat sos cili tu saya surf kat internet mencari resepi yang mudah.

SOS CILI TAUHU SUMBAT

6 biji cili besar
5 biji cili kering
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cuka makan
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah
1 cawan air

Cara cara
1. Kisar semua bahan kecuali tepung jagung garam hingga hancur. Masukkan ke dalam periuk dan didihkan.
2. Perasakan dengan garam dan gula.
3. Bila sudah mendidih, pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung dan air. Bila sudah mencapai kepekatan yg disukai, matikan api.
4. Sedia dihidang bersama sama Tauhu Sumbat.

Tauhu - Goreng dan toskan. Belah dua.
Taugeh - dicelur sebentar
Timun dan Lobak merah - diparut






5 comments :

laskar pelangi said...

tengok pon dah telan air liur.kalau ada depan ni.habis jugak sepinggan ni.hihihi.......

Rohah said...

sedapnyer buat makan petang macam ni..aduhh..laparrr

Mamasya said...

Salam Hazila.akakpun suka tauhu sumbat mkn dg sos cili. kalau buat sendiri mmg berbaloi jimat...

Qasey Honey said...

aduhhh sedapnye...QH suka ni..ringkas n simple..tp mgenyangkan..berbaloi2

zila norazila said...

ringkas tp sedap..kecur pulak tgok malam2..he hee