Wednesday, May 9, 2012

Avocado Pudding


Salam dan Selamat Pagi...

Tuan rumah masih belum sihat sepenuhnya, dan kebetulan pulak banyak kerja dan sedikit occupied. So, tak sempat nak bertandang ke rumah jiran tetangga. Mesti banyak yang saya dah ketinggalan ni....

Untuk entry kali ini, saya letak satu pemanis mulut aka dessert yang mudah dan sedap sekali. Bagi penggemear Avocado, mesti menyukai rasanya apatah lagi bila ditambah dengan sos coklat Hersheys.....



Sepatutnya kena gunakan buah avocado yang telah ranum untuk mendapatkan texture yang baik. Tapi memandangkan buah avocado yang saya beli tu belum cukup ranum, so ia tidak begitu smooth and silky.



Avocado Pudding

Bahan bahan

1 sudu makan instant jelly
2 cawan air panas ( boiled water )
1 biji buah avocado yang masak
1/2 cawan susu pekat manis ( kurangkan jika perlu )
Secubit garam
Sos coklat

Cara cara
1. Campurkan semua bahan kecuali sos coklat, kisarkan dengan pengisar tahan panas hingga halus dan sebati.
2. Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan.
3. Hidangkan bersama sama sos coklat.

****
1. Kisarkan buah avocado, susu pekat, garam dan 1 cawan air.
2. Didihkan 1 cawan air dan masukkan instant jelly, kacau hingga sebati dan serbuk jelly larut. Masukkan bahan kisar tadi dan kacau sekata.
3. Tuang dalam bekas dan sejukkan.


12 comments :

Asyifa Mustaffa said...

Wow !
nmpk sungguh sedap...!!

Gee® said...

pic yg last tu paling mengguda...yummy!!

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

ai ader prob ngan avocado ni sis...nyapa ntah tekak x leh terima langsung...nangesss hentak kaki...sebab nak oishii sou sgt ni

Chik Mimi said...

tak pernah rasa avocado

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Salam Hazila...lama tak singgah sini...akak agak biz sedikit sekarang nie...wah ini best..pasti anak akak suka...dia orang selalu buat jus pokat kali ini akak nak try buat ini pula. Sesuailah esok dia sudah start nak bayar utang puasa. TQ Hazila good idea ni

Watierman said...

Assalam Dik Zila wah pepagi siap berpuding ni!!!Akak tak da hal nak makan avocardo ni..yang banyak songeh Cik Abg & anak2....macam fobia with greens je dia orang ni!!Akak ngendeng kat sini jerlah...boleh lah ya!!

Chah said...

heeee...senyum je saya bila sebut avocado ni....tingat kes kek tak jadi... something new ni, sbb saya tk penah buat n tk penah makan...kesian tul..

Qasey Honey said...

aduhhh sedapnya tgk puding tu bile ditambah dgn coklat syrup tu...xtahan..kecur dibuatnya..

zila 4ever said...

sedapnya..x pernah rasa lg nie..mesti sedap sbb ada coklat..:)

kasihredha said...

biasa akak makan jus alpukat dengan susu coklat je...best ni unk di cuba :)

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam hadoiiii kecur sudah ni... memang sedaPPPPPP naaa........................ sedap! sambil telan airliur ni...:))

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

wahhh... resepi avocado menjelma lagi.. rasanya dulu pun pernah copy satu resepi avocado dari zila... lom sempat mencuba... nnt ehh tunggu avocado umah makcik masak leh try insyaallah... ni sukatan avocado yg kecik2 jual kat pasaraya tu ke? sbab kalau avocado kat pokok makcik kita tu saiznya double dari yg di pasaraya tu...