Friday, May 25, 2012

Rendang Ayam Pedas



Salam di pagi Jumaat,

Pagi ini agak nyaman sikit sebab hujan di awal pagi. Saya tersedar kira kira pukul 3.30 pagi bila angin bertiup kencang dan bunyinya seakan akan langsuir mengilai di dalam cerita hantu....

Saya dan suami sudah terbiasa dengan bunyi begitu jadi tak adalah menyeramkan pada kami. Bukan gangguan makhluk halus tetapi bunyi yang dihasilkan oleh angin yang bertiup kencang. Tetapi bagi saudara mara kami yang sesekali bertandang dan bermalam di rumah, bunyi itu agak menyeramkan...



Malam tadi saya buat Rendang Ayam Pedas atas permintaan my husband.

Ermmmm tiba tiba request nak makan rendang ayam, tambahan di hari bekerja. Kami jarang beli dan simpan stok ayam memandangkan suami saya bukan penggemar tegar sang ayam. Tetapi sebab semalam dia terasa nak makan rendang ayam, jadi sebelum balik kerja saya singgah untuk beli barang yang diperlukan.

Jadi malam tadi hanya ada nasi putih dan rendang ayam sebagai menu makan malam. Tak larat nak buat side dish yang lain.


Saya dah selalu buat rendang ayam dan setakat ini memang menggunakan resepi yang sama. Boleh check kat sini untuk resepi rendang ayam yang saya gunakan. Cuma kali ini saya goreng ayam separuh masak dulu sebelum di masukkan ke dalam kuah rendang. Kalau kita masak agak lama pun, daging ayam tidak akan hancur berbanding kalau kita tidak menggoreng terlebih dahulu.


15 comments :

laskar pelangi said...

aiyokkkk
terliurrr ~.~

Chah said...

aiseh, tadi tengok umah CK ada murtabak cm nkeee buka puasa..sini dah dam dam dum munyik mercun upanya..nak raya! errrr poser tk habeh2 ganti..

Sheery Dream Cakes said...

Rendang ayam pedas tu mmg nampak sgt menyelerakan... Sedaaapnya nie makan ngan ketupat.. Lemang ker... Kelupis ker.. Sedap2x....

sue-ab said...

makan ngan nasi impit best!!

Qhaifa Nur said...

sedapnya rendang ayam pedas....

Qasey Honey said...

alahai sedapnye...QH suka rendang ayam yg cmtu...lg pedas lg sedap...

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Hazila...

wah kena ngan nasi impit nie cam raya plak.. kena ayam kampung pun best jgk kan Zila :P

Shahriah Abdullah Novelis said...

Rendang ayam kat atas tu memang nampak mengecurkan... kuah pekat dan nampak merah pedas... wahh sedapnya cicahkan pulak dengan nasi impit memang sedap! teringin pulak nak makan rendang hmmmm

Amie said...

Bunyi yang Hazila kata tu, kalau kami bermalam di kampung (belah suami) memang selalu kedengaran kalau kebetulan hujan ribut & sebagainya tapi orang kampung kata itu hantu penanggal he he hehh
Lama tak makan & tak buat rendang ayam.... aduh enaknya!

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam Hazila
wah sedap nih rendang ayam, kalu raya cicah lemang atau ketupat memang sedap he he

ejulz said...

sedapppp.. ^_^

dapurCikWan said...

sedapnye..lame tak makan rendang..teringat raya..bleh makan ngan ketupat.. ;))

ibundo said...

ada rendang pedas... sedapnya. Sambil makan sambil kesat air hidung.

Love2cook Malaysia said...

Love memang suka goreng ayam terlebih dahulu kalau buat sambal or rendang.

Baca tajuk akak je, terus love scroll ke gambar dan drooooooooooool! Haish memang suka rendang ayam, lebih dari sambal :)

Thanks dear for the wishes!

zila norazila said...

salam zila
wahhh ketinggalan saya resepi yg sedapnie..sedapnya..terliur pulak tgok:)