Bahan bahan
2 ekor ketam - digoreng
1 sudu makan rempah kari ikan
5 biji cili padi *
2 bawang merah *
1 batang serai *
2 cm halia *
2 ulas bawang putih *
2 camca cili kisar
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
1 biji telur
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
- Kisar bahan yang bertanda *. Pijarkan minyak dan tumis bahan kisar dan cili kisar hingga naik bau.
- Masukkan rempah kari,sos cili dan sos tiram. Masukkan sedikit air, gaul dan biarkan ia masak sebentar.
- Pukul telur sedikit dan masukkan ke dalam kuali tadi, gaul rata. Kemudian masukkan ketam yang telah digoreng tadi, gaul semua bahan hingga mesra.
- Setelah masak bolehlah diangkat.
2 comments :
pedas tu...hihi...
pedas tu...hihi...
Post a Comment