Bahan bahan
1/2 kg udang - dibersihkan
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
1 biji bawang besar - dihiris bulat
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 sudu lada hitam - ditumbuk
1 cm halia - dihiris nipis
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos cili
125 ml air
Cara-cara
- Gaulkan udang dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng udang hingga masak. Ketepikan dulu.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
- Selepas itu masukkan lada hitam,kicap pekat, sos cili, bawang besar dan air.
- Gaul rata hingga mendidih dan kuah menjadi pekat. Masukkan udang yang telah digoreng tadi, kacau hingga sebati, perasakan dan bolehlah diangkat.
- Kalau suka bolehlah di tambah capsicum merah dan hijau.
Tadi sebelum balik kerja, ajak my husband pergi GIANT. Saja saja nak jalan cuci mata. Lepas tu gi belek belek kat kedai CD, teringat nak cari CD David Archuleta. Ala mamat yg dapat second place American Idol tu. Sejak kat American Idol lagi saya suka kat suara dia, ingatkan dia boleh menang. Lagu yg tengah hangat sekarang ialah A LITTLE TOO NOT OVER YOU. Sedap dan selalu on air especially kat Hot FM.
No comments :
Post a Comment