Thursday, March 12, 2009

Daging Bungkus Kobis



Dah lama nak cuba resepi ni tapi disebabkan rasa malas yang teramat sangat, asyik tertangguh jer. Tapi berjaya melawan rasa malas, saya buat malam ni untuk dinner. Resepi ambil dari majalah Aneka Olahan Daging. Tapi saya buat sebahagian sahaja dari resepi dibawah.


Bahan bahan
10 lembar daun kobis - dicelur hingga layu
1 biji cili merah - dipotong-potong
Inti
300 gms daging cincang
1 biji putih telur
2 sudu makan bawang besar yg telah dicincang
1 ulas bawang putih dicincang
1 sudu makan sos ikan
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
Cara-cara
  • Campur bahan inti menjadi satu, gaul hingga sebati.
  • Siapkan lembaran kobis yang sudah dicelur, isi dengan adunan inti dan tambahkan potongan cili besar ditengahnya.
  • Padatkan inti dan gulung hingga kemas. Ulang hingga selesai.
  • Kukus hingga masak. Boleh dihidangkan dengan sos yang sesuai.

2 comments :

Anonymous said...

inti dia kalau tukar dgn udang boleh jugak kannn...

hazila said...

Nisa, boleh juga tukar guna udang. Kalau guna ikan pun sedap rasanya.