Tuesday, March 3, 2009

Roti Kerca

Memandangkan semalam masak kari, and still have leftover, pagi ni saya buat roti kerca cicah kari untuk my breakfast. Roti kerca ni lebih kurang cam lempeng je.

Bahan bahan

Tepung gandum
Sedikit garam
Telur
Air
Sedikit butter

Cara cara
  • Bancuh tepung gandum,garam,telur dan air. Kecairannya seperti ingin membuat kulit kuih dadar.
  • Lenserkan kuali dengan sedikit butter. Tuangkan adunan satu senduk.
  • Biarkan hingga masak, angkat dan gulung. Gunting gulungan tadi seperti di dalam gambar.
  • Hidangkan dengan kuah kari.

2 comments :

Nisa Shari said...

salam...sekali pandang nmpak cam laksam kelantan..kecur airliur dibuatnye! =)

hazila said...

Aah....baru perasan. Cuma laksam guna tepung beras dan dikukus.