Tuesday, March 10, 2009

Udang Goreng Tepung

Dinner malam malas sikit nak masak beria-ia. Pergi pasar tadi beli ayam percik selain beli barang basah yang lain. Dah lama tak buat udang goreng tepung, jadi elok sangatlah kalau buat malam ni. Resepinya tersangatlah simple dan senang sekali. Bahan bahannya pun tak banyak.

Bahan bahan

Udang
Tepung gandum
Garam halus
Serbuk lada sulah
Air Sprite

Cara cara
  • Bersihkan udang, belah belakang,buang kekotoran dan tinggalkan ekornya.
  • Gaulkan udang tadi dengan sedikit lada sulah (jika suka)
  • Campurkan sedikit garam halus di dalam tepung gandum. Bancuh tepung gandum dengan air sprite. Kepekatan bancuhan mestilah pekat dan a bit lumpy.
  • Maksudnya: Kalau kita salutkan dengan udang, bancuhan tadi tak jatuh.
  • Biarkan bancuhan tadi seketika.
  • Ambil seekor udang, balik balikkan dalam tepung gandum (tepung yg tidak dibancuh), celupkan dalam bancuhan tepung.
  • Goreng dalam minyak yg banyak hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Ulang hingga selesai.
  • Hidangkan dengan sos thai atau your favourite dipping sauce. Selamat mencuba.

7 comments :

blossom said...

Yummy! Panas, panas ...

Nisa Shari said...

best nye..camne nk mix tepung dia so dat melekat kat udang cam2? sy buat selalu nye tepung tak melekat la....tensen dennn

hazila said...

Blossom,
It's yummy when you eat it hot. And plus the hot from the dipping sauce.

hazila said...

Nisa,
Nanti akak update dan explain camne boleh melekat ye.

Cikgu Sains said...

mohon copy resepi..tq..

azuradaud said...

mohon copy resipi juga..thanks a lot..saya baru nak bertatih memasak :p.tumpang tanya..apa fungsi air sprite tu ya?

MyStory,CouldBeYours said...

saya nak share kt fb saya ea....