Thursday, March 5, 2009

Sate Lilit

Sate Lilit, salah satu masakan Bali. Saje nak cuba sebab dulu pernah tengok dalam channel AFC. Tapi saya ubahsuai sikit bahannya mengikut apa yang ada.

Bahan bahan
250 gms udang- cuci dan tos
250 gms daging ayam ( resepi asal guna isi iksn putih)
50 gm kelapa parut
3 pcs daun limau purut - dihiris nipis
2 tbs brown sugar / palmsugar -
2 pcs cili padi - dihiris nipis
Serai sebagai skewer
Bahan Kisar
4 pcs bawang merah
2 pcs bawang putih
2 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
1 sudu teh lada hitam
Cara cara
  • Kisar daging ayam dan udang hingga menjadi smooth paste.
  • Masukkan kelapa parut dan sedikit santan pekat. Gaul rata.
  • Kemudian masukkan bahan kisar, gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula.
  • Kalau adunan tadi terlalu kering, masukkan sedikit minyak zaitun.
  • Bentukkan campuran tadi dan lekatkan pada batang serai.
  • Bakar / grill sehingga masak.

Option 2

Kalau tak cukup masa atau tak mau tunggu bakar lama lama, kukus sebentar campuran tadi, baru lekatkan pada batang serai. Jadi grill sebentar untuk dapatkan grill mark dan berbau wangi selepas dibakar.

5 comments :

ZaiY said...

sate lilit ni mmg femes, aritu ada gak tgok dlam rancangan masakan arab kat sini chef dr indon yg buat. mesti sedap & wangi ngan aroma serai tu..

hazila said...

Yelah Zaiy, serai buat sate tu lagi wangi.

VG said...

Hazila, I could eat all your satay right now!!!

Hajat Vin nak masak your ketam kam cheong today but when I came to your site to take the recipe, I saw all your yummy recipes on ketam....tak tahu yang mana nak masak karang! But I will make one of your recipes today, that is for sure, he!he!

Also Hazila, I could not open the link to 5 spice crab. Can you either load the recipe or send me an email of it? Much appreciate it. My email is:
v-g@live.com.au

Thank you dear.

hazila said...

Hi VG,
All sate finished already. What left now only the lemongrass skewer. I'll email the recipe to you later.

VG said...

Vin again. Thanks for the recipe. I just posted your ketam kam heong....check it out HERE.