Friday, May 22, 2009

Kuali Apam



Last month kalau tak silap, saya ada cuba buat kuih APAM LENGGANG. Tapi tak menjadi sangat sebab ia melekat kat kuali tu. Plan nak buat semula tapi asyik pending je. Ada orang bagitau yang kuali ni ada jual kat kedai perkakasan rumah org India. Saya selalu ulang alik dari Shah Alam ke Bandar Klang atas urusan kerja. Entah macam mana, sekali tu masa berhenti kat satu traffic light kat Little India tu, saya ternampak satu kedai jual kuali ni. Tapi takdelah saya nak turun masa tu juga, tak pasal pasal kena maki ngan driver kat belakang.
So hari ni saya ke sana lagi, jadi saya ambik kesempatan mencuci mata kat kawasan kedai yang dipenuhi oleh Org India ( that is why they call Little India ). So dengan selamba saya masuk dan tanya kat penjual tu pasal kuali ni, selepas acara tawar menawar, saya pun angkut satu biji bawa balik. Kalau tak buat apam pun saya masih boleh buat kuih ketayap atau lempeng.

2 comments :

Ahmad H Al-Qadah said...

Berapa harga apam pan ni? Salam.

Ahmad H Al-Qadah said...

Berapa harga apam pan ni? Salam.