Wednesday, April 14, 2010

Mashed Potato


Badan tak berapa sihat, asyik nak bersin je ni. Semalam tak masak nasi untuk dinner. My husband beli bungkus mee ladna je.
Tapi tekak saya rasa cam nak makan mashed potato. Nasib baik ada kentang dalam esbok yang masih boleh di makan lagi. Senang sangat nak buat sendiri kat rumah.

* 2 biji ubi kentang
* 1 sudu besar butter
* 3~4 sudu besar susu segar
* sedikit garam

Cara-cara

1. Bersihkan ubi kentang dan buang kulitnya. Potong kepada 4 bahagia. Rebus sehingga empuk.
2. Lenyek-lenyekkan ubi kentang dengan garfu.
3. Panaskan butter, susu dan garam. Apabila butter dah cair, padamkan api. Masukkan ubi kentang yang dah dilenyek tadi. Gaul sehingga serata.
4. Siap untuk dihidangkan.

Bahan-bahan untuk gravy :

2 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu kecil black pepper
2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)
4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
2 sudu besar tepung jangung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
sedikit minyak untuk menumis bwg putih

Cara cara
1. Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
2. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.3
3. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
4. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi

8 comments :

kucingorengemok said...

aiihh, tak berapa sihat sempat buat mashed potato (kat kfc kan ada jual, kata org malas, hehe)... get well soon!

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam hazila...semoga cepat sembuh yer..

Fiza Nordin said...

tgh tak sihat pun sempat masak2 akak ni...dok diam2 sudah!hehee moga cepat sembuh akak!!!

hazila said...

KOG,
hehehehehe....KFC punya tak sedap. wakakaka

hazila said...

Azatie,
Thanks. Risau gak sebab H1N1 dah kembali mengganas.

hazila said...

Fiza,
tangan ni gatal je nak pegang periuk belanga.

Watierman, rmanbkr said...

Salam Zila....moga cepat sembuh...Akak pun teringin juga nak rasa yg Zila buat tu...hehehe..!

MamaFaMi said...

Speedy recovery to you dear...

Alahai, tengok mashed potato ni, teringat kat abah... dia cukup suka makan mashed potato kalau kami beli KFC... segalanya tinggal kenangan je...huhuhu....