Friday, April 2, 2010

Belajarlah Jadi MANUSIA yang BERTANGGUNGJAWAB

Hari ni hari yang agak malang sikit, tapi saya anggap sebagai ujian dan dugaan sebagai hamba Allah. Saya anggap dugaan saya kecil saja berbanding org lain yg lebih besar menerima dugaan hari ni.

Habis Solat Jumaat tadi, my husband park kereta kat depan kedai sebelum berjalan kaki ke kedai makan. Tiba tiba jiran kedai sebelah masuk dan cakap, "Kak, kereta akak kena langgar". Saya terkejut juga sebab ingatkan ada orang nak masuk parking tapi tak lepas dan gesel kereta saya. Tapi bila keluar, kereta saya ok je.

Lepas tu, budak tu cakap, ni kereta akak kan, baru saya perasan rupa rupanya kereta suami saya. Menerut budak lelaki tu, kereta WIRA HIJAU yg dipandu oleh 2 lelaki di dalamnya dan sambil memandu, matanya melilau seolah olah mencari atau melihat sekeling dan dia mungkin tak perasan keretanya terlalu dekat dengan kereta suami saya.


Selepas dia melanggar, dia terus pecut. Sedangkan ada beberapa org berdekatan kereta my husband. Persoalannya, kalau dia seorang MANUSIA YANG BERTANGGUNGJAWAB, kenapa tak berhenti dan bertanyakan kereta siapa? Atau pun tinggalkan no telefon di cermin kereta. Kalau dah buat SALAH kenapa tak minta maaf dan mengaku kesilapan yang tak disengajakan.


Tapi kalau difikirkan, Kalau MANUSIA sanggup membuang dan mendera darah daging sendiri tanpa rasa bersalah dan bertanggungjawab atas perbuatan sendiri, tak kanlah mereka sanggup BERTANGGUNGJAWAB menyebabkan kerosakan pada manusia yg lain.
Maaflah, saya sedikit emosi. Sebab kos untuk repair kereta ni agak tinggi dan kami terpaksa keluarkan duit untuk kesilapan MANUSIA YG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ini. Jadi TOLONGLAH bertanggungjawab atas perbuatan sendiri supaya tidak menyusahkan orang lain.

5 comments :

Watierman, rmanbkr said...

Sabar Lah Dik....dugaan darinya...Allah masih sayangkan Kita...bila di duga!

fuzidss said...

Hazila- saya pun rasa sedih la ni kerana kat office la most of the people tamak dan gila kuasa ...rasa prihatin terhadap orang bawah tak ada langsung

Fiza Nordin said...

kite waja kite plak retak seribu cermin belakangnya... nak tak nak kene gak buat cermin tu...klu tak...haishhh tak taulah camne punca retak tu...sbb hb kite turun2 dr opis tgk2 dah retak...

ijan said...

Sabar je lah Kak... harap2 orang tu mendapat pembalasan nya nanti.

MamaFaMi said...

Diorang tak cari tuanpunya kereta sebab ngeri nak kena bayar kos repair tu. Diorang tahu mesti mahal punya.... Tak apalah Hazila, nak kesal pun tak guna, benda dah berlaku kan... sabar je lah...