Tuesday, April 20, 2010

Cucur Kembung cicah Sambal Bilis


Pagi ni breakfast dengan cucur kembung. Tengok lah cucur saya tu, bukannya bulat cantik cam orang lain buat. Ada macam macam bentuk, ada bentuk rumah, kereta, lori, basikal dan entah apa lagi pun tak tau la.

Kadang kala tension gak bila tak mau bulat, dulu masa arwah MIL masih ada, dia kalau buat cucur/cekodok mesti bulat, kecil dan saiz yang hampir sama je. Malu tau bila time saya buat, herot petot bentuknya. Takpe, practice makes perfect. Meh breakfast dengan saya...

15 comments :

Watierman, rmanbkr said...

Salam Zila.....nak juga kongsi petua ni dengan Zila....kalau nak dia jadi bulat2....jemput dia bulat2 macam buat cekodok.....biar dia naik timbul dalam minyak baru buat yang seterusnya....tak boleh main jemput cam jemput2 biasa tau!..kena bagi dia naik kembong dulu baru jemput yang berikutnya!Trylah....

kucingorengemok said...

kita pulak lagi suka yang takde bentuk

Yat Maria said...

zila..hentam ajelah bentuk dia asal sedap cicah ngan sambal...kalau ada 'tanduk' or 'feelers' pat jemput2 tu lagi best sebab mesti garing pat tu...

MamaFaMi said...

Kiranya Zila ni terrorlah leh wat cucur bentuk kereta, lori, rumah, basikal... mama kalau wat cucur ni, selalunya bentuk flying saucer je! Hahaha...

Alimaz-Kembara Terasing said...

mana yang bentuk kereta...saya nak yang tu....

ijan said...

Salam Kak Hazila...harap2 akak sihat selalu. Best nye cucur cicah ngan sambal ikan bilis... lama juga tak buat sambal ikan bilis ni.

mokwonik said...

ade yg bentuk lori tak? makan satu terus kenyang boleh balik..heheh

hazila said...

Kak watie,
Thanks for the tips. Pagi pagi rushing nak siap pergi kerja, tu yang masuk banyak banyak bagi cepat sikit. hehehe....

hazila said...

KOG,
Kalau bulat bulat tu cantik mata memandang walau bila masuk perut dah takde bentuk pun.( kata kata org yg tak gheti.....)

hazila said...

Yat,
Yg ada tanduk confirm ranggup. krup krap....

hazila said...

Mamafami
yg flying saucers to bahaya takut ramai aliens ramai yg tumpang makan pulak.

hazila said...

Alimaz,
Yg bentuk kereta lambat sikit sebab kena booking dulu. Nak kereta apa? Merc, BMW atau Proton? hehehe...

hazila said...

Ijan,
Akak sihat, akak pun lama juga tak buat sambal bilis ni.

hazila said...

Mokwonik,
Lori lagi la lambat sebab besar sangat.

TK said...

I tak kisah bentuk2 tu. Janji sodap..I selalu buat leper2 lepas tu gunting2 cucur tu..