Monday, April 5, 2010

Award dan aktiviti di masa cuti.


Ambik award kat rumah idayusof tadi.terima kasih banyak banyak. Dah beberapa hari takde entry, terang terangan memang saya tak masak weekend lepas.

Hari sabtu, sibuk ke hulu ke hilir pergi survey kedai lampu. Saje je nak tukar lampu sikit kat rumah tu. Dari Kampung baru Subang, Shah Alam sampailah ke Puchong mencari lampu yang sesuai, ikut kehendak saya dan budget suami. Akhirnya beli kat Puchong.

Kiranya kami beli 2 lampu kat living, 1 lampu kat meja makan, 1 lampu kat dapur, 1 lampu kat porch dan 3 biji lampu kat laman. Sikit sikit pun dah habis RM 2000 untuk semua lampu. Patutnya technician tu pasang semua lampu hari ni tapi postponed esok pulak.

Hari Ahad sibuk mengemas rumah,kemas dapur dan kemas laman. Hari tu pergi Sungai Buloh cari pokok sikit, itupun belum habis kemas lagi, semalam sempat cat semula meja taman yg dah berubah warna. Petang Sabtu dan Ahad pula kena temankan my husband pukul bola. So 2 hari cuti yang memenatkan, so husband bagi cuti masak.

4 comments :

Watierman said...

Wah dah start spring cleaning ke Zila??? Best juga renovate sikit2 kan!!

hazila said...

Kak Watie,
budget tak banyak la kak, so kena buat sikit sikit. Alhamdulillah dari takde langsung.

pB said...

Salam

beli dekat Top Ten tu ker?? Area Tesco Puchong...

Kalau beli kat situ , memang murah murah .....


pssttt

kalau ada masalah dengan pemasangan lampu tu semua, boleh ler calling calling aBear pB nyer.
Dia memang buat kerja kerja tu.

hazila said...

pB,
la ye ke? Kalau tau boleh call awal awal lagi. Sebab saya nak pasang cepat, kalau boleh hari Ahad tapi kawan husband tu tak boleh pulak. Semalam baru cakap hari Selasa pulak.