Friday, April 30, 2010

Buat Hair Treatment

picture credit to google.

Balik kerja tadi, cakap ngan my husband nak singgah Hair Saloon untuk cuci rambut. Dah banyak kali asyik bertangguh nak cuci rambut. Syok gak sesekali org lain yg tolong cucikan.

Saya ada masalah keguguran rambut yg merisaukan juga. Dah berbagai jenis syampoo di cuba, sampai pergi farmasi untuk beli syampoo yg anti dandruff dan hair fall ni. Tapi takde perubahan pun.

So tadi, sebelum nak cuci rambut, tanya la juga tentang hair treatment yg sesuai. Katanya ada dan harganya pun takdelah mahal sangat, so saya tanya my husband dia cakap ok sebab kalau saya buat treatment nanti tak sempat nak masak pulak. Since dia cakap ok, nanti dia belikan dinner, so saya pun on je lah.

Tapi dia cuci rambut tak lama sangat dan rasa macam cuci rambut sendiri kat rumah. Selalunya kat kedai yg saya biasa pergi tu, dia cuci 3 kali dan siap ada massage kepala dan bahu lagi. So memang rasa lega bila dah selesai tu. Tapi yg kat sini, rasa cam tak best je, lagipun ini kali pertama saya ke kedai ni. So tak tau servicenya macam mana. Nak ke kedai yg selalu saya pergi tu, agak jauh juga dan maklmlah awal bulan dan hujung minggu pulak, confirm ramai org. Malas nak tunggu, so terpaksa cari kedai lain.

Tengoklah seminggu dua lagi, mana tau keguguran rambut saya berkurangan ke... Siapa tahukan.

3 comments :

ijan said...

memang leceh kalau rambut gugur ye kak.. kite pun selalu masalah gini. syampoo macam2 jenis guna pun tak ok juge... harap2 akak jumpa syampoo ke ubat yang sesuai cepat2...

HAMSINI said...

saya ada masalah yg sama juga.

♥LOVE2COOK♥ said...

Akak, love has got hair-drop prob too..:( Sometimes malas nak gi ambik treatment...hehe!

Pls accept some awards from me ya! Take whichever U like...;)

http://love2cook-msia.blogspot.com/2010/05/awards-and-cards-receiving-day.html