Sunday, June 21, 2009

Udang 5 Spices


Dulu saya dah pernah buat resepi ni, yang saya ambil dari Che 'Iza @ MyR. Memang sedap dan ada sedikit kelainan sebab menggunakan rempah 5 spices yang selalunya digunakan dalam masakan cina.

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 300 gm udang
  • * 3 biji bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 2 hiris halia
  • 3 sb lada boh
  • 1 sb sos tiram
  • 2 sb sos tomato
  • 1 sk kicap pekat
  • 1 sk rempah '5 spices'
  • garam and gula secukup rasa
  • Tomato belah 6
  • 1 labu bwg besar belah 6
  • daun bawang potong dlm 1 inci

Cara-cara

  1. Kisar bahan bertanda *. Tumis bahan kisar higga naik bau.
  2. Masukkan lada boh dan tumis hingga garing. Bila lada sudah garing masukkan udang.
  3. Bila udang setengah masak masukkan sos tiram, tomato, kicap pekat dan rempah 5 spices.
  4. Masukkan garam dan gula utk melengkapkan rasa.
  5. Masukkan tomato, bawang besar n daun bawang bila udang hampir masak. Masak hingga udang masak dan sedia utk dihidang.

8 comments :

blogresipi said...

Terliur nye tengok udang2 tue.. nampak segar jer.. udang ape tue?

hazila said...

Rasanya udang biasa tu cuma saiznya memang besar, XL.

kucingorengemok said...

amboi, mcm sedapnya... although tak tau 5 spices tu rasa mcm mana... :)

hazila said...

Susah gak nak describe rasa tu.... kalau nak tau, kenalah cuba.

Precious said...

Wokeh ... memang aku kena gi kantin dah ni ... Perutku dah menjerit2 mintak diisi ...
Yummy, sedapnyer ...

Hazila said...

Kena makan ikut time,nanti perut masuk angin. hehehehe......

kak ina kl said...

salam hazila..kat mana nak beli rempah tu..kat pasaraya besar ada tak?

hazila said...

Saya beli kat TESCO. Selain tu kat Giant dan Carrefour pun ada.