Friday, June 12, 2009

Cuti Masak......


Dah beberapa hari saya gantung periuk belanga. Entahlah....nak kata malas masak tak juga, cuma tak ke pasar beli barang basah. Bila saya nak gi pasar, my husband cakap tak perlulah.... Minggu ni tak perlu masak, samada kita makan luar atau nanti dia belikan yg dah siap masak. Uihhh....mimpi apatah my husband tu. Ok gak, mungkin dia kesian kat saya kot......

By the way semalam saya menyinggah lagi kat LQ sale tu. Mula mula my husband suruh gi bank, bayar apa apa yang patut. Lepas tu on the way balik tu sempat lagi saya melencong. Balik jer, my husband dah menyengih, melencong le tu katanya. Hehehehehe.....my husband dah boleh agak. Bila dah menyinggah mesti rembat juga satu dua barang kan.

Dari Kiri- 1 pc RM 15.90 (Less 70%), 1 pc RM 17.90 (Less 70%), 4 pcs -RM 59.90 (Less 50%)

7 comments :

kucingorengemok said...

kalau dari 15.99 jadi 4.77 (betul ke mata saya ni?) sapa tak nak beli kan... tak tau nak guna utk apa pun beli je, haha.

hazila said...

hehehehehe....betul la tu. Tu yang dok menggila ulang alik. Ni pun tengah dok tenang tenang nag pegi lagi.

Rafizah Nordin said...

tak, tak... bukan 1,2...bukan jugak 3! ish akak ni tau...ada banyak lagi barang2 tu kan.jgnlah borong semua wakaka
semalam sy g bagus kat shah alam tu.mmg cadang nak singgah ke LQ sale waktu balik tp biler melihatkan Mierza yang dah buat dalam bagus tu mcm tempat marathon, (mujur takde ape2 pocah berdorai ko,terpelanting sane sini ke)ku batalkan hasrat suci morni itu.tgh sabar2kan diri ni.esok suruh hb jagakan anak2 sat.mama nak g membeli belah!hiks

Hazila said...

hehehehe...Fiza, byk lagi tu. Habis kat atas meja, diorang keluarkan dari stor. Alahai..kenapa tak war warkan nak gi BAGUS. Akak dok setapak jer dari BAGUS tu.....

Anonymous said...

wahh hazila, shopping sakan nampaknya tu.. nanti jgn lupa posing food dgn bekas2 baru beli tu ye.. nk tengokkk heheh

sunkist said...

wahh hazila, shopping sakan nampaknya tu.. nanti jgn lupa posing food dgn bekas2 baru beli tu ye.. nk tengokkk heheh

hazila said...

Sunkist, Insyaallah. Kadang kala tu mata jahat sikit. Nampak je nak beli, lepas tu terperok dalam stor.