Friday, June 26, 2009

Kung Pao Prawn

Resepi ni saya ambil dari blog Rasa Malaysia. Cuma ada beberapa bahan yang saya tukar sebab takde stok kat dapur saya. Seperti biasa saya buat sebahagian dari resepi dibawah.

Bahan bahan

12-15 udang bersaiz besar (kupas dan cuci)
1/4 cawan kacang tanah panggang ( saya tukar dengan gajus)
10 cili kering/kurangkan kalau guna cili kering yg biasa.
1/4 bawang besar ( dipotong dadu)
1/2 biji cili capsicum hijau
3 batang daun bawang ( guna bahagian putih sahaja)
2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 1/2 sudu makan minyak

Kung Pao Sauce:

2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh tepung jagung
4 sudu makan air
1/4 sudu teh minyak bijan
3 dashes white pepper powder
1/2 sudu teh cuka hitam
1/2 sudu teh gula

Cara:-

  • Campurkan bahan bahan untuk membuat Kung Pao Sos. Ketepikan.
  • Panaskan kuali dan masukkan minyak masak, biarkan ia panas. Masukkan bawang putih dan kacau sebentar.
  • Masukkan bawang besar, cili capsicum dan cili kering. Kacau hingga berbau spicy aromas dari cili kering tadi.
  • Masukkan udang dan gajus dan teruskan mengacau. Bila udanag sudah separuh masak, masukkan sos kung pao tadi. Kacau hingga kuah hampir pekat.
  • Akhir sekali masukkan daun bawang, kacau dan bolehlah diangkat.

4 comments :

cikin said...

sedapnyer... 1st time tgk menu nih.. terliuq skejap..:P cuka itam tu leh ganti ngn cuka biasa tak pn zila..:):)

hazila said...

Yang ini akak tak berapa pasti sangat sebab cuka hitam tak sama rasa dengan cuka biasa.

blogresipi said...

uish.. kung pao prawn pun ade ek... menarik :)

Hazila said...

Biasa dengar ayam je kan. Tapi udang pun tak kurang sedapnya.