Tuesday, June 9, 2009

Kuih Cara Berlauk

Sebenarnya saya dah beli acuan kuih cara ni beberapa bulan lepas tapi setiap kali saya buat mesti melekat. Dah macam macam cara saya cuba nak mengelakkan dari melekat tapi tak berjaya. Ada yg cakap suruh cuci acuan dengan hampas kelapalah, rendam semalamanlah tapi masih sama je masalahnya. Minggu lepas saya pergi kedai baking supply kat Seksyen 7 Shah Alam, saya nampak satu acuan cara yang kecil sikit dari yg saya ada. Tuan kedai tu kata, dia dah guna acuan tu dan tak melekat pun, jadi saya beli 1 pc lagipun harganya cuma RM8.50.

Pagi tadi acara merasmikan acuan kuih cara tu. Alhamdulillah, memang tak melekat dan senang je nak keluarkan kuih tu dari acuan. So breakfast pagi tadi, kami makan kuih cara berlauk.

4 comments :

kucingorengemok said...

meriah ni, sarapan kuih cara... saya dpt mkn kuih cara kalau ada kenduri je, hehe

hazila said...

Lee Lin, itu kalau mood rajin. Kalau angin kus kus bertiup dari antartika....jawabnya breakfast ngan air susu je.

jus call me ida.. said...

waahh..dah tuker skin yerr..hehe..

hazila said...

Ular sawa bertukar kulit.....