Wednesday, June 24, 2009

Lala Stail Barat


Dinner malam ni masak simple jer, Lala Goreng Stail Barat. Yang membuatkannya nampak stail barat tu sebab penggunaan english herbs. Ok gak rasanya, selalu tu masak lemak atau rebus je kan. Sekurang kurangnya ada juga kelainannya. Resepi dari Majalah RASA.

Bahan bahan

200 gms lala
4 tangkai cili padi - diketuk
2 ulas bawang putih - diketuk
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu kecil lada hitam dikisar
5 tangkai daun sweet basil
1/2 sudu kecil thyme,basil dan oregano kering
Sedikit lobak merah - dipotong ikut suka
Garam jika perlu

Cara-cara
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan cili padi dan bawang putih. Goreng hingga naik bau.
  • Masukkan lala dan goreng sebentar. Masukkan sos tiram dan kicap pekat. Kacau biar sekata.
  • Masukkan lada hitam, basil, thyme dan oregano kering serta lobak merah. Kacau rata hingga kering.
  • Akhir sekali masukkan daun basil segar, kacau sebentar dan bolehlah diangkat.

8 comments :

blogresipi said...

Lala stail barat neh tak pernah cube lagi...nampak cam best jer....

AzMas said...

enaknya.. nyum.. nyum..nyum..

Datin El said...

Hazila..ni betul2 stail barat ni terbukak semua...mesti sedap bole lah try pulak..hehe.

hazila said...

Ijan, ok gak rasanya.Sesekali tukar selera.

hazila said...

Mas, kalau suka lala,tentu sukakan rasanya.

hazila said...

datinel, masak kali ni byk yg terbuka. kalau tak, boleh kira berapa yang terbuka.

kucingorengemok said...

oh baru perasan, dah bertahun saya tak makan lala!

hazila said...

kus semangat!!!! Lamanya.