Petang tadi dok fikir apa nak buat untuk minum petang, memandangkan kami takde plan nak keluar ke mana mana. Sambil melayan cerita kat TV, saya membelek Majalah RASA edisi Bulan Ramadhan. Ada satu resepi bubur yang agak senang dan tak banyak bahan yg digunakan. Kalau tak silap Kak Ummi pun pernah buat sebelum ni. Not bad juga rasanya. Seperti biasa, saya akan buat sebahagian sahaja dari resepi di bawah.
Bahan bahan
300 gm tepung gandum
100 ml air
1 liter santan
200 ml air
200 gm gula
1/2 sudu teh garam
200 gm sago
3 helai daun pandan
Cara Memasaknya
- Gaulkan tepung gandum bersama sama dengan air hingga menjadi doh.
- Kemudian leperkan doh dan potong kecil.
- Didihkan air dan masukkan adunan tepung yang telah dipotong tadi. Masak hingga doh menjadi kenyal.Angkat dan ketepikan.
- Di dalam periuk lain, masukkan santan, daun pandan dan sedikit air. Perasakan dengan gula dan garam. Masukkan sago.
- Masukkan adunan tepung yang telah dimasak ke dalam periuk santan, didihkan dengan api kecil hingga gula larut.
- Sedia untuk dihidangkan.
6 comments :
Bubur ni macam bubur cacar ke? menarik juge...
Lebih kurang, cuma isinya buat sendiri.
salam singgah.....
wahh..bubur candil ni peberet somi saya nih..sker makan time2 bulan puasa...hehehe
WS, Thanks sudi singgah. Saya jumpa resepi ni pun dalam Majalah RASA edisi Ramadhan.
Sedapnya bubur ni. Nanti hujung minggu ni gerau nak buat.
Nanti bolehlah saya gi tumpang sekaki.....
Post a Comment