Friday, June 12, 2009

Coconut Jelly

Dah agak lama tak buat dessert, 2 hari lepas saya beli kelapa muda, ingatkan nak minum air kelapa direct dari buahnya. Tapi buah tu dok tergolek je kat tepi kabinet. Kalau dibiarkan lama, lama mesti jadi masam sebab penjual tu dah potong bahagian atas dan bawah buah tu. So nak mengelakkan buah tu masuk tong sampah, malam ni saya buat coconut jelly as a dessert.

Bahan bahan

5 gms serbuk agar agar
600 ml air kelapa muda
Isi kelapa muda
150 gms gula ( bergantung pada kemanisan yg dikehendaki )

Cara cara
  • Campurkan serbuk agar agar dengan air kelapa muda, panaskan hingga serbuk agar agar larut.
  • Masukkan gula dan kacau hingga semua gula larut. Tutup api.
  • Sediakan bekas yang sesuai. Hiris isi kelapa muda kepada saiz yang sesuai. Masukkan isi kelapa muda ke dalam bekas tadi, tuang larutan agar agar tadi.
  • Sejukkan, kemudian masukkan ke dalam peti ais.



4 comments :

blogresipi said...

Jelly kelapa nie makan bile sejuk2 baru keluarkan dlm peti ais harusla sedap tak ingat...nak satu! :)

hazila said...

Boleh... nanti saya pos ye.

kucingorengemok said...

alamak, ni mau kena gi cari kat pasar lambak ni...

hazila said...

Lee Lin, cari apa kat pasar lambak? Jelly atau kelapa?