Monday, May 10, 2010

Jus Alpukat


Dah lama saya tak beli buah alpukat ataupun avocado ni sebabnya harga buah ni boleh dikatakan agak "melampau". Bayangkanlah sebiji buah ni harganya RM 4.99. Bukannya besar mana pun. Tapi kalau teringin sangat atau mengidam ke, pejam mata beli sajalah.


Tapi 2 hari lepas saya nampak dalam paper, Giant buat promosi buah avocado ini hanya dengan harga RM 1.99 sahaja. Banyak beza harganya, apa lagi bagai orang mengantuk di sorongkan bantal, terus pergi beli. Bukan sebiji dua, tapi hampir sepuluh biji. Lepas ini, hari hari makan buah avocado la nampaknya.

First menu tentulah jus alpukat. Saya suka jus ni pekat sikit.

Bahan bahan

1 biji buah avocado yang masak
2 sudu makan susu pekat
1/2 cawan air masak
Beberapa ice cube
Sos soklat

Cara
Kisar semua bahan hingga hancur. Tuang ke dalam gelas. Tuangkan sos coklat sebelum menikmati jus ni.

11 comments :

kucingorengemok said...

cantik gelas!

fuzidss said...

betul tu ... seksi sungguh gelas tu

Azita Zain said...

cantik gelas gedik tu....!!!!

mizzura said...

sangat suka jus alpukat..pernah try ikut resepi internet..tapi cam jadi alpukat susu jer..nanti boleh try resepi yg ini plak..

Fiza Nordin said...

melengkuk2 gelas k zila...kelas tul hehee

camne yg tau buah avocado tu masak?sumenye nampak keras dan hijau jek....

hazila said...

KOG,
hehehehe....pantang tengok gelas yg unik confirm angkut.

hazila said...

fuzidss,
I suka yg seksi you.....

hazila said...

Kak ita,
gelas gedik takpe jgn orgnya....

hazila said...

mizzura,
Bergantung pada org yg buat samada nak cair atau pekat.

hazila said...

Fiza,
Buah masak kulitnya kehitaman dan lembut. Yg muda, kulit hijau dan keras.

Nabawi Syifa' said...

Sedapnya kena try ni :-)