Friday, May 7, 2010

Homemade Meatballs Soup


Malam tadi makan yang simple je sebab my husband tak nak makan nasi. Katanya dia nak makan mee hoon goreng saja. Since saya tak banyak kerja, saya buat homemade chicken meat ball.


Bahan bahan untuk chicken broth

1 pc rangka ayam
2 helai daun salam
1 batang leek
1 labu bawang besar
1/2 batang lobak merah
sedikit garam
sedikit lada putih
Air secukupnya

Rebus semua bahan di dalam periuk sehingga mendidih dan perlahankan api dan renehkan sehingga lebih kurang 3-4 jam. Sejukkan dan buang lapisan lemak yg terbentuk di atas. CARA LAIN : Masukkan semua bahan ke dalam pressure cooker, masak ikut seperti arahan PC tersebut.

Bahan untuk chicken meatball

150g daging ayam yg telah dicincang
2 sudu kecil tepung jagung
1/2 kiub ayam
Sedikit dan bawang yg dicincang
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada sulah

Cara
1. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sekata. Biarkan seketika. kemudian bulatkan seperti bebola.
2. Masukkan chicken broth ke dalam periuk, didihkan. Masukkan bebola ayam tadi dan didihkan bebola sehingga terapung.
3. Saya masukkan lobak merah, lobak putih dan cendawan shiitake ke dalam sup.
4. Bila sudah masak, bolehlah ditutup api dan sedia untuk dinikmati. Enak dengan nasi atau pun roti.

4 comments :

Datin El said...

salam hazila..makanan yg sihat ni akan ku cuba..tq

Kakasma said...

zila..presenter jer dah menyelerakan..akak suka sup sup nie..tapi klw kat umah nie..akak sorang jer menghirup sup ngan makan sayurnya..ayam mesti anak2 kebas..tapi nak cuba gak buat nnti..

leen hussain said...

sedapnya...nak cendawan aje buleh?..heeee

min said...

Salam liza....
sedapnya nampak sup tu...teman dr dulu2 lg mmg suka sup2 ni...dr zaman kurus2 dulu smpai zaman dh berisi ni...