Sunday, May 23, 2010

Poached Pear


Menu pertama acara merasmikan oven baru saya. Makanan yang sinonim dengan saya ialah DESSERT, sampaikan Umieaisyah gelarkan saya Ratu Dessert. Nak buat macam mana kan, sebab saya memang gemarkan dessert dan minat saya pun lebih menjurus ke arah mencuba resepi dessert berbanding resepi kek atau muffin.

Dah lama saya pending nak cuba resepi poached pear ni, tapi sebabkan oven merajuk jadi biarkan saja dulu. Banyak resepi poached pear yang menggunakan red wine tapi saya adjust ikut kesesuaian saya.

Bahan bahan

2 biji buah pear - dikupas kulitnya
1 batang kulit kayu manis
1/2 cawan jus strawberry
Sedikit buah aprikot kering - dipotong kecil
Sedikit buah cranberry kering
1 sudu makan rose water
1 sudu makan gula perang
Ais krim untuk hiasan.

Cara cara
1. Letakkan buah pear ke dalam mangkuk tahan panas. Tuang jus strawberry ke dalam mangkuk kaca tadi.
2. Masukkan kulit kayu manis, aprikot dan cranberry ke dalam mangkuk kaca tadi.
3. Masukkan mangkuk yang berisi semua bahan tadi ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
4. Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama lebih kurang 50 minit hingga 1 jam.
5. Dari masa ke semasa, sendukkan cecair dalam mangkuk kaca tadi dan siram ke atas buah pear.
6. Setelah buah pear lembut dan cecair di dalam magkuk hampir pekat, bolehlah diangkat dan sejukkan pada suhu bilik.
7. Letakkan buah pear ke dalam pinggan, curahkan jus yang sedikit pekat tadi dan hidangkan bersama sama dengan aiskrim vanilla.

No comments :