Thursday, May 6, 2010

Puteri Ayu


Kuih Puteri Ayu, seayu namanya kan. Semenjak dua menjak oven merajuk ni dah lama tak membaking. Asyik asyik kena buat kuih yg kena kukus je. Penat cik steamer tu tak berhenti henti bekerja. Takpe, kita tengah urut urut buat cakar harimau ke, cakar singa ke, manalah tau boleh dapat oven cun melecun cam LOVE tu ke.... Sabar ye....

Resepi kuih ni dari Kak Azita yg saya ambil dari MyResipi. Tapi saya buat sebahagian saja, itupun dapat banyak juga.

Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan) )

* 5 biji telur (saiz kecil)
* 250gm tepung gandum
* 300gm gula
* 2 camca teh ovallate
* 1 camca teh baking powder
* 250ml santan
* Pewarna hijau
* 2 camca teh paste pandan
* Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara

1. Panaskan kukusan.
2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

1 comment :

♥LOVE2COOK♥ said...

Akak, aisey hope U'll get a better oven soon.

Anyhow, Puteri Ayu is sooooooo pretty...loved the color! ;)