Tuesday, May 11, 2010

Sup Tomato & Bebola Daging


Sejak tau buat homemade meatballs, dah seronok pulak buat sendiri. Tapi kali ni saya gunakan daging lembu. Ada sedikit ubahsuai dari resepi chicken meatball yang lepas. Kali ini saya gandingkan meatballs dengan sup tomato yang simple.Cuma kelemahan homemade meatballs saya ni ialah ia mudah hancur dan tidak bulat sepenuhnya seperti meatball yang di jual di pasaraya. Tapi kebaikannya, semua bahan yang digunakan adalah segar dan pasti Halal.

Bahan Bahan untuk membuat bebola daging

150g daging lembu yg telah dicincang
2 sudu kecil tepung jagung
2 pcs shiitake mushroom - dicincang
Sedikit dan bawang yg dicincang
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada sulah

Cara cara
1. Gaulkan semua bahan di atas dan perap seketika. Ambil sedkit adunan dan bulatkan. Buat sehingga habis dan ketepikan.
2. Panaskan air rebusan, masukkan bebola tadi ke dalam air rebusan yg telah mendidih. Biarkan hingga bebola terapung di permukaan, angkat dan masukkan ke dalam bekas lain.

Bahan bahan untuk sup tomato

1 paket mini tomato yang masak - di potong dadu
1 biji bawang besar - di dadu
1 ulas bawang putih - dimayang
Sedikit mentega - untuk menumis
Garam secukup rasa
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan tomato puree
Air rebusan ( semasa merebus meatballs tadi )- lebih kurang 700 ml - 1 liter

Cara cara
1. Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih. Goreng sebentar hingga layu.
2. Masukkan tomato puree, gaul sebentar. Masukkan buah tomato yangg telah dipotong dadu tadi.
3. Kemudian masukkan air rebusan tadi, masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
4. Biarkan ia mereneh sehingga buah tomato hampir hancur. Masukkan bebola daging. Biarkan seketika dan bolehlah di angkat.
5. Sedia untuk dinikmati dengan kepingan roti perancis.

No comments :