Tuesday, May 18, 2010

Mangga Aiskrim Soda


Salam semua,
Sehari dua ni saya agak sibuk sikit. Semalam tak masak uuntuk dinner pun. Sebelum balik rumah, singgah beli nasi lemak seinggit, 3 bungkus. Jadi makan seorang 1 bungkus setengah. Bila badan dah letih, malasnya nak memasak dan tak ada selera pun nak makan.

Semalam saya beli Majalah SEDAP, banyak juga resepi yang best. Salah satunya kalau tak silap ialah Mangga Aiskrim Soda, lebih kurang. Senang sahaja, cuma blend isi mangga dengan gula, sedikit air, jus lemon dan ais kisar. Tuang ke dalam gelas. Masukkan air soda dan top up dengan vanilla aiskrim.

No comments :