Friday, May 7, 2010

Sparkling Strawberry


Hari ni hari Jumaat, esok ramai yg tak kerja kan. Tapi saya kerja separuh hari. Tapi hari Sabtu biasanya tak sibuk sangat, lepas tu boleh fikir nak melencong ke mana pulak lepas kerja. Petang tadi saya buat Sparkling Strawberry, minum dulu sebelum fikir fikir apa yang nak di masak nanti. Jemput minum........

Bahan bahan

5 biji strawberry
1 sudu makan gula pasir - kalau suka manis, boleh tambah
sedikit air masak
1 gelas sparkling water
ice cube

Cara cara

1. Kisar buah strawberry dengan gula dan air masak hingga hancur.
2. Masukkan ke dalam bekas, tuang sparkling water dan kacau sebati.
3. Tuang campuran jus tadi ke dalam gelas dan masukkan ice cube jika suka.
4. Sedia untuk dinikmati.

No comments :