Selamat Menyambut Tahun Baru 2012
Rasanya belum terlewat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru buat semua pengunjung My Small Kitchen.
Maaf kerana beberapa hari tak ada entry kerana tuan rumah kurang sihat, baru sehari dua ni saja keadaan agak okay. Mungkin salah makan atau barang kali cuaca yang tidak menentu menyebabkan saya dan suami agak kurang sihat.
Since takde planning nak kemana mana cuti tahun baru ni, kebetulan keluarga saya pergi melawat saudara di Rompin, jadi saya dan suami ambil keputusan berehat di rumah saja. Bosan duduk di rumah, my husband ajak saya jalan jalan cari makan. Dah beberapa kali saya dengar kawan kawan saya bercerita pasal Medan Ikan Bakar Pantai Jeram di Kuala Selangor. Memandangkan kami belum pernah sampai dan tak pasti lokasi yang tetap, jadi kami keluar agak awal dari rumah untuk mencari...
Alhamdulillah walaupun tanpa bantuan GPS, kami berjaya sampai. Kebanyakan tempat sudah ditempah, since kami datang awal, bolehlah dapat meja dan cepat dapat makanan.
Sotong Bakar
Ikan Senangin Sweet & Sour
Kailan Ikan Masin
Udang Masak Sambal
4 comments :
happy new year akak
hulur kailan ikan manis sket blh x ngeee
Selamat Tahun Baru Hazila...semoga murah rezeki dan success selalu.
Selamat tahun baru buat akak dan suami. Sotong bakar tu yang tak tahan tengok tu.
TEMPAT FAVOURITE HUSBAND SAYA NIH, CUMA SEKARANG KURANG SIKIT RASANYA
Post a Comment