Tuesday, April 14, 2009

Ayam Rempah Lada Semanggol


Dah lama tak masak ayam, mula mula ingat nak masaak rendang ayam tapi last minute tukar plan. Belek belek majalah terjumpa satu resepi yang tak banyak sangat bahannya cuma ia gunakan daging jadi saya substitute dengan ayam.

Bahan bahan

1/2 ekor ayam - dipotong ikut suka
1 labu bawang besar*
2 cm halia *
2 cm lengkuas *
1 sudu teh lada hitam * -disangai
1 sudu teh jintan manis * -disangai
1 sudu teh rempah biji * -disangai
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan rempah daging - dibancuh dengan sedikit air
3 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan sos tiram
Air asam jawa
Garam dan gula seccukupnya

Cara-cara
  • Kisar semua bahan bertanda *. Perap ayam dengan bahan kisar, sos tiram dan kicap seketika.
  • Pijarkan minyak masak, tumis bawang besar, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan buah pelaga.
  • Kemudian masuk suka kan rempah dan cili kisar, masak hingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi. Masak dengan api yang sederhana hingga ayam empuk.
  • Perasakan dengan garam,gula dan air asam jawa. Masak hingga kuahnya agak pekat atau kalau suka berkuah, biarkan jangan terlalu pekat.

No comments :