Wednesday, April 22, 2009

Chicken Bread Crumb Roll

Bahan Bahan

300 gms ayam
2 biji kentang - dipotong dadu
1 sudu teh lada hitam
1 biji bawang besar - didadu
Sedikit daun bawang - dihiris kecil
Garam secukup rasa.
1 cawan tepung gandum
Air secukupnya
1 biji telur
Sedikit garam
Serbuk roti.

Cara-cara
  • Untuk Intinya : Tumiskan bawang hingga layu, masukkan kentang dan daging ayam.
  • Kemudian masukkan lada hitam dan perasakan dengan garam. Akhir sekali masukkan daun bawang.
  • Masak hingga empuk dan kering. Ketepikan.
  • Untuk kulitnya: Campurkan tepung gandum, telur, garam dan air. Kisar hingga menjadi halus dan rata.
  • Panaskan kuali leper dan tuang sesenduk adunan tadi hingga nipis dan rata.
  • Angkat dan letakkan inti ditengahnya dan gulung.
  • Celupkan ke dalam telur yang telah dipukul, kemudian golek di dalam bread crumb.
  • Goreng di dalam minyak panas hingga kekuningan. Angkat dan toskan.

2 comments :

jus call me ida.. said...

rajinyerrrrrrrrrr........

hazila said...

Ada waktu gak, kalau malas tu memang apa pun takmo buat.