Thursday, April 23, 2009

Sup Wantan Simple


Dalam malas malas pun sempat buat sup wantan simple ni. Resepi saya ambil dari shen@MyR. Thanks and this soup is so yummy. Memang kena dengan tekak saya. Me and my husband ada perbezaan yang besar dari segi makanan yang disukai. Banyak benda yang dia tak makan atau kureng sikit dan memilih juga. Me.... mostly anything, just name it.

Bahan bahan
  • Kulit wantan secukupnya
  • 1 liter stok ayam (air rebusan ayam atau guna kiub ayam je)
  • Bahan Inti:
  • 200g isi ayam, dicincang
  • 100g isi udang, dicincang
  • 50g water chestnut atau sengkuang cina, dicincang halus
  • 1 sb lobak merah, dicincang halus
  • 1 sb daun bawang dicincang
  • 1 1/2 sb kicap cair
  • 1 1/4 sk garam
  • 1/4 sk gula
  • Secubit serbuk lada putih
  • 1/2 sk minyak bijan
  • 1 sk tepung jagung
  • 1 biji kuning telur

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan inti dan perap 30 miin.
  2. Masukkan 1 sudu inti di tengah2 kulit wantan, letak sedikit air di sekeliling kulit dan kepil.
  3. Lipat segitiga.
  4. Kepil dari tepi.
  5. Buat hingga habis
  6. Tekan-tekan sikit pada bahagian lipatan.
  7. Siap untuk direbus.
  8. Stok ayam dibubuh perasa secukupnya dengan garam, serbuk lada putih dan masukkan wantan dan masak hingga lembut.
  9. Akhir sekali tabur dengan daun bawang dan bawang goreng.

2 comments :

Chik Mi said...

Yang ni bukan malas lagi dah zila hehehehe

hazila said...

hehehe.....ye ke? Bukan malas la ya.