Friday, April 24, 2009

Jokes of the day

Saya baca dalam Majalah Apo, saje nak share untuk isi masa terluang.

Cerita 1

Dua sahabat sedang asyik memancing, mereka diam saja tanpa bicara. Hanya sesekali meneguk minuman masing masing sambil terus asyik dengan kail masing masing.

Beberapa lama kemudian salah seseorang daripadanya berkata perlahan, seolah olah khuatir akan membuat ikan ketakutan.

'Aku rasa aku nak ceraikan saja isteri aku tu. Sudah 3 bulan dia tak bercakap dengan aku! Sahabatnya kelihatan berfikir serius untuk beberapa ketika, kemudian berkata, "Aku rasa lebih baik kau fikirkan lagi keputusan kau tu. Bukan senang nak dapat bini macam tu wooo.......

Moral of the story.....semua para isteri suka membebel ( according to para suami ler.....)

Cerita 2

Seorang suami mendekati seorang gadis cantik di sebuah supermarket dan kemudian berkata, " Maaf cik adik yang manis, saya kehilangan isteri saya di sini, jadi boleh anda bersembang-sembang dengan saya barang dua tiga minit?"

"Kenapa pulak?" tanya si gadis.

"Kerana biasanya setiap kali saya bersembang dengan gadis cantik, isteri saya akan muncul dengan tiba-tiba dan entah dari mana...."

Moral of the story.....Ada jer alasan para suami nak pikat perempuan lain
dan isteri tak percaya langsung kat suami.


P/s - Tiada kena mengena dengan sesiapa ye. Sekadar lawak dipetang hari.

No comments :