Friday, April 10, 2009

Famous Char Koay Teow

Hari tu my husband tanya nak makan char koay teow ke? Saya tanya ok gak tapi kat mana yang sedap? Dia cakap kawan kawan dia rekomen makan kat satu kedai di TTDI Jaya, ramai yang puji sedap. So kami pun nak try la sedap ke tak sebab tekak masing masing tak sama kan... Last 2 week kami pegi hari sabtu malam Ahad, punyala ramai umat manusia sampai meja penuh kat tepi jalan. Nak parking kereta pun tak boleh, terlupa pulak malam minggu dan masing masing baru dapat gaji. Tak jadi makan koay teow, cari benda lainlah sebagai ganti. Minggu lepas my husband ajak pegi awal, sampai sana pukul 6 pm, orang pun tak ramai lagi so sempatlah menjamu selera. Ok, sedap rasanya dan kena ngan tekak saya. Hari ni malas nak lunch,pukul 3.30 pm tadi saya gi beli lagi tapi bungkus balik makan kat tempat keje. Kalau sesiapa yang ada berdekatan Shah Alam bolehlah singgah dan mencuba....Kalau tak silap restoran tu namanya AIMMAR Char Koay Teow, dekat dengan ESSO petrol station. Peringatan:-Selera masing masing tak sama ya....kalau tak sedap jgn salahkan saya tau........

4 comments :

Anonymous said...

yup..memang sedap AIMMAR Char Koay Teow nih...skarang dah naik harga dah...2 thn lpas slalu gak pergi...rasa still sama..sedap..xrugi cuba

hazila said...

Yelah....yang biasa RM4 seciput jer tapi sedap punya pasal, pejam mata je.

dayang_jack said...

yummyyy!...pas la satu bekas utk dayang....hehe

hazila said...

Dayang, meh la sini. Nanti saya belanja makan char koay teow... (saya masak tak sedap)