Saturday, April 11, 2009

Marble Cheese Brownie

Brownie yang masih dalam loyang.


Brownie yang telah dikeluarkan dari loyang.

Brownie yang telah dipotong dan sedia untuk dingap

Buat Marble Cheese Brownie untuk minum petang tadi. Hujan dari tengahari sampai ke malam, nak online pun takut modem kena kilat pulak. Inipun cepat cepat masukkan entry lagipun asyik berebut laptop ni ngan my husband. Dia sibuk nak main chess, pantang saya tinggalkan kejap, bila pusing dia dah take over pulak. Resepi saya ambil dari blog Rinnchan.

Bahan Choc. Cake

250gm Butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur - gred B
1½ cwn gula kator
½ cwn susu cair
1½ cwn tepung gandum
1 sdt Baking powder
1 sdt Soda bikabonat
1 sdt esen vanilla

Lapisan Cheese
250gm Cream Cheese
1 cwn gula kastor
1 biji telur - gred B

Cara-Cara
  • Cairkan butter - masukkan serbuk koko & kacau rata.
  • Dalam mangkuk lain, pukul telur & gula (guna wisk saja) smpi sebati.
  • Kemudian campurkan dgn bancuhan butter td...kacau smpi sebati.
  • Masukkan susu cair dan kacau lagi...
  • Masukkan tepung, BP & SB (kalo rajin ayak dulu) - kacau sehingga sebati & masukkan esen vanila.
  • Panaskan oven, alas loyang saiz 10 X 10 X 1inci dgn griss paper (biarkan terjuntai sedikit)
  • Masukkan bancuha coklat ke dlm loyang...tinggalkan 2-3sdb & masukkan kedlm plastic..(utk buat corak marble)
  • Bakar selama 20min - guna api atas bawah
  • Sementara tggu bahan choc. masak sedikit, kita sediakan bahan cheese..
  • Pukul cream cheese sehingga gebu.
  • Masuukan gula > pukul lg hingga sebati.
  • Masukkan telur > pukul lagi hingga sebati
**Selepas 20min..keluarkan bahan choc yg separuh masak tadi...tuangkan bahan cheese..ratakan keseluruh atas kek...
**Paipkan baki chocolate atas cheese, & lorekkan ikut suka..
**Bakar lg selama 15min atau sehingga cheese masak...

2 comments :

CT Delima said...

emmm..sedapnya brownies mu itu..memang x rugi mencuba resepi dari RinnChan tu kan :-)

hazila said...

Suka tengok resepi Rinnchan tu, menjadi jer apa yang dia buat.