Sunday, April 12, 2009

Kerabu Pucuk Paku, Taugeh & Kerang


Untuk melengkapkan menu kampung saya hari ni, saya buat kerabu Pucuk Paku, taugeh dan kerang. Ratah jer pun sedap.....

Bahan bahan

1 ikat pucuk paku - dicelur
30 sen taugeh - dicelur
Sedikit isi kerang rebus
1 sudu besar kerisek
2 ulas bawang merah - dihiris
Sedikit jus limau nipis
2 biji cili merah
2 biji cili padi
Sedikit Belacan
Garam dan gula

Cara cara
  • Kisar cili merah,cili padi dan belacan. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
  • Gaul hingga sebati dan perasakan dengan garam,gula dan jus limau.
  • Sedia untuk dihidangkan.

2 comments :

jus call me ida.. said...

waduh.. terliur..
macamana nak buat nyer??
celur semua nyer je ker?

hazila said...

Ida, akak dah update resepi. Simple jer....