Friday, April 17, 2009

Tempat Jatuh Lagikan Dikenang.......................

Hari ni saya ada hal sikit kat UiTM Shah Alam, actually ada appointment dengan Staff Kat Pejabat Bendahari Zon 2. Dah agak lama tak merayau kat dalam UiTM, jadi kelam kabut juga nak cari parking. Maklumlah student sekarang lagi loaded compared to lecturer, masing masing bawa kereta menyebabkan sesak tempat parking.



Pusing pusing satu UiTM, akhirnya saya park kat aras 3 bangunan ni, nasib baik sekarang student tengah study leave jadi ada la tempat parking sikit.


Teringat zaman dolu dolu masa saya belajar kat sini, saya stay kat Kolej Seroja 2 selama 4 tahun, bilik yang sama dari mula masuk sampai grad. Dolu dolu takdelah canggih cam sekarang ni. Nak keluar dari pagar kolej je mesti pakai decent, kalau pakai yang ketat atau menampakkan susuk badan je mesti kena balik tukar baju. Sekarang Pak Guard pun tak berani nak tegur, silap haribulan esok kena panggil mengadap. Maklumlah student anak anak "Somebody".


Kebetulan saya dan suami sama sama ex student ITM ( dolu dolu ), tapi tak jumpa masa study. Berjumpa bila dah kerja, saya dari Applied Science major in Chemistry dan my husband dari Engineering (Mechanical). Alahai teringat kenangan dulu dulu..........................

7 comments :

norainiammran said...

ain pun produk UiTM..
lepas konvo, langsung tak pernah g sana..

rindu juga..

hazila said...

Kalau takde hal memang tak masuk pun. Especially masa konvo, sesak nafas dibuatnya.

emil @ mamamia said...

salam..hazila...bila tgk ur blog photo of itm...jd terkenang2 plak...

you batch applied science thn brp ye..i ada gak kawan2 sama course dgn you...

sama gak kita ye...sama2 x itm..kawen pun sama2 x itm..

u kat shah alam pun sama...which area ya...kalau bole i kenal u

hazila said...

I batched 90-94.I duduk kat Section U10. Dekat dengan UiTM Puncak Perdana. Balik balik duduk dekat UiTM gak.

Azita said...

kak ita dulu pun UiTM Shah Alam tp masa tu masih dikenali dgn ITM jer. Mula2 duk akt Seroja 1, lepas tu pindah ke Delima. Teringat kisah lama bila tengok entry hazila ni...kak ita batch 86...tua dah!!!

hazila said...

Yelah Kak Ita, dulu kenal sebagai ITM. Student pun pokai jer.....

gerau said...

Kak gerau pun Seroja 2.Semester 1 sampai semester 6. 89-93. Betul ke? betul kot. Ingat-ingat lupa sebab dah lama benor.