Monday, January 31, 2011

Beef & Broccoli


Sejak kebelakangan ni my husband suka sangat order Beef & Broccoli kalau makan kat luar. Saya dah search kat internet, cari resepi Beef & Broccoli. Kebetulan hari tu masa membelek majalah SAJI keluaran bulan Februari ada memaparkan resepi ini, terus saya beli. Tapi ada bahan yang saya tak pernah jumpa so saya tambah bahan lain mengikut selera sendiri.

Bahan bahan
100 gm broccoli
100 gm daging ( lebih kurang )
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap
1 inci halia
2 ulas bawang putih
3 kuntum shiitake mushroom
Garam
Air
Minyak untuk menumis
Tepung jagung-bancuh dengan sedikit air


Cara cara
1. Gaul daging dengan sos tiram dan kicap, perap seketika.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan daging dan goreng hingga masak.
3. Masukkan sedikit air, broccoli dan cendawan. Gaul rata dan perasakan dengan garam.
4. Masukan sedikit bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuah.
5. Setelah kuah pekat, matikan api dan bolehlah diangkat.

5 comments :

Deliah's Deli said...

assalamualaikum zila..sedap tuh!pnh tgk kat blog mskn ni..lama dok dlm draft tp x tbuat2..sy suka mskn x pedas cmni :p~

Nieza said...

assalam kak zila, menarik menu akak ni...nanti boleh dicuba ni:)

Mas said...

sedapnya...mas suka ratah macam tu jer....

mekar said...

Zila,

Menu sayur pasti ada dalam hidangan makanan mekar&hubby. Boleh cuba nanti :-)

SURIA AMANDA said...

bestnya...ambil resepi yer...