Wednesday, January 19, 2011

Kuih Bronok (Sagu)


 Memang lama sungguh saya tak buat kuih sagu atau sesetengah orang menggelarkannya Kuih Bronok. Orang kata kuih ni sinonim dengan juadah berbuka puasa. Agak senang untuk membuatnya cuma kali ni saya terlebih air sikit menyebabkan ia agak lembut dan agak sukar untuk memotongnya kepada bahagian yang agak sama.

Agaknya sehari dua ni saya terlebih mood rajin kot sebab lepas mengguli roti ( walaupun BM yang buat), saya terus rendam biji sagu. Pagi tadi sebelum pergi kerja saya masak kuih sagu ni dan sejukkan ia dalam peti ais. Sebab tu saya kata saya terlebih rajin sikit, selalunya sebelum pergi kerja malas nak buat apa apa.

Jadi masa sampai rumah petang tadi terus potong kuih dalam loyang dan bolehlah lepak kat laman sambil layan angin petang yang sepoi sepoi bahasa....


Resepi Kuih Bronok ni saya ambil dari mama kastam tioman@myresipi.

Bahan-bahan ( Loyang 22 cm )

  • 1 gelas sagu biji kecil
  • 3 gelas air
  • 3/4 gelas gula pasir
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose

Cara-cara

  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.