Friday, January 28, 2011

Rendang Ayam Cili Padi


Siapa yang nak sambut raya sebenarnya ni?

Alang alang dah buat ketupat pulut apalah salahnya buat rendang ayam sekali kan...  Itulah kalau dah malas, apa apa pun malas nak masak. Tapi kalau tiba tiba kena angin kus kus terlebih rajin macam macam yang saya nak masak.
Bahan bahan

1/2 ekor ayam - dipotong saiz yang sesuai
Cili Padi - 10 biji ( kurangkan kalau tak nak terlalu pedas)
Cili kering kisar - 2 sudu makan
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas hidup
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1 batang serai
Sedikit air
( Kisar semua bahan di atas hingga hancur)

2 sudu besar kerisek
1 Cawan santan pekat
1 cawan santan cair
Sedikit daun kunyit
2 helai daun limau purut
Garam dan serbuk perasa secukup rasa


Cara-cara :
1. Panaskan kuali, masukkan bahan kisar dan masak hingga semua rempah masak.
2. Masukkan ayam dan juga santan cair, gaul biar sebati dan biarkan hingga mendidih.
3. Kemudian masukkan santan pekat, kerisek, garam dan serbuk perasa dan gaul sekata.
4. Masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Masak hingga kuah menjadi sedikit pekat dan pecah minyak.
5. Sedia untuk dihidang.

5 comments :

Mas said...

akak....meleleh air liur tengok rendang ngan pulutt....sedappnya.....

Mimiey.. (^-^) said...

sedapnya rendang ayam ngan ketupat tu kak zila...ade lagi x??? nk tumpang makan...hehehheheh

Nieza said...

wah sedapnya rendang tu...nk singgah beraya kat umah akak juga lah...hehe

♥LOVE2COOK♥ said...

OMG...I love this combo anytime. Super delicious rendang...;)

Deliah's Deli said...

assalamu'alaikum zila :)) slmt hari raya..hehehe..harumnya bau ketupat n rendang tu..patut la perut asyik berkeroncong sbb nk tgk mknn sedap rupanya :))))