Friday, January 28, 2011

Ketupat Daun Buluh aka Chang


Salam Hari Jumaat,

Saya dah "jatuh chenta" dengan daun buluh dah ni....
Malam tadi saya buat Ketupat daun buluh aka Chang yang biasanya dibuat oleh kaum Cina.Tapi rasanya bentuk Chang lain sikit, saya balut seperti saya balut kuih lopes tempohari.

Sebenarnya saya tak pandai balut ketupat daun palas, so setiap kali nak raya selalunya mak atau arwah mak mertua saya yang balut. Saya cuma jadi pemerhati. Dah berkali kali mencuba tapi tak berapa nak menjadi, nanti mak saya cakap jadi ketupat jantan lah, betinalah... entahlah saya pun tak pasti.

Lepas ni kalau terasa nak makan ketupat pulut, selain pergi cari kat pasar tani boleh buat sendiri dan bila bila masa tekak terasa nak makan.

6 comments :

Mas said...

wahh...kretif..janji dapat makan pulut kan kak....

momma said...

nak tanya, yg utk ikat tu pakai ape tali apa ek.

hazila said...

Mas,
Nak makan kena kretip. hehehehehe..

hazila said...

momma,
Masa beli daun buluh tu dia dah sediakan tali. Rasanya dari kulit batang pisang yang dikeringkan.

Rohaida said...

akak, cara-cara nak membuatnye x ada ke?

hazila said...

Rohaida,
Caranya lebih kurang seperti buat lopes daun buluh cuma masa remdam beras pulut tak perlu letak air abu.