Monday, June 6, 2011

Kari Daging Berkerisek



 Beberapa kali saya cuba upload gambar tapi asyik failed saja. 

Hari ini cuma nak tunjuk menu ulang tayang, sebab saya tersangatlah malasnya 2,3 hari lepas. Malas betul nak fikir nak masak apa, nak bereksperimen kat dapur.... walaupun hari Jumaat tu dah beli beberapa bahan untuk buat something masa weekends. Akhirnya semua bahan tu berlonggok atas kaunter dapur.
Ohhhhhh tolong!!!!!! Kalaulah penyakit malas ni ada ubatnya kan....

Disebabkan saya malas nak fikir menu apa yang hendak di masak, saya tanya apa yang  sorang lagi nak makan. Ermmmmm kalau tanya dia, takde menu lain la selain kari/gulai. Jadi menu hari ahad ialah Kari Daging + Rebung Berkerisek. 

Since dah masak kari, ingatkan petangnya nak buat roti puri atau pun roti kerca untuk di makan dengan kuah kari daging ni, tapi macam saya cakap awal tadilah, MALAS so apa pun tak buat. Since my husband ajak keluar cari ikan untuk tambah koleksi ikan dalam kolamnya, kami terus minum petang kat luar je.




Kari Daging dan rebung berkerisek

Bahan bahan
300 gms rebung yang telah direbus terlebih dahulu
200 gms daging cincang
3 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu makan cili kisar
1/2 labu bawang besar yg telah dikisar
1/2 cawan jus asam jawa
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
1 sudu teh jintan manis
1 tangkai daun kari
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
Garam secukup rasa
1 sudu makan kerisek
150 ml santan pekat
500 ml air atau secukupnya.

Cara cara
1.Hiris bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dihiris serta bunga lawang,bunga cegkih, jintan manis dan kulit kayu manis hingga naik bau.
2. Sementara itu, campurkan rempah kari, cili kisar, bawang kisar, daun kari dengan sedikit air.Tumiskan campuran ini hingga rempah masak dan naik minyak. Masukkan jus asam jawa.
3. Masukkan daging, gaul sebati dan biarkan ia mereneh seketika.Anggaran 5-10 minit dengan api perlahan.
4. Kemudian masukkan santan pekat dan air secukupnya, adun sebati dan masukkan juga rebung.
5. Setelah kuah mendidih, masukkan kerisek. Perasakan dengan garam dan masak selama lebih kurang 10 minit.

Nota kaki: Kebiasaannya kuah kari ini agak pekat dan enak dimakan dengan ketupat pulut.

6 comments :

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

nie ker menu orang malas??? issyyy kalo rajin menu apa agaknya akak masak ek...if ayu malas gantung kuali jer jawabnyer @____@

hazila said...

Ayu,
Kalau ikut akak malas nak masak apa apa pun tapi dah ada yg request nak makan kari daging, terpaksalah ringankan tulang....

Kerull said...

Salam Hazila..tu bukan malas kalau masak berat2 tu..kurang rajin je..hik hik samalah kita...kurang rajin..

kasihredha said...

akak hari minggu yg lepas pun macam tu...semangat je membeli belah unk memasak. Pastu tak jadi masak sebab dah kepenatan mengemas rumah...habuk dah tebal sgt hihi

hazila said...

Kerull,
Betul la tu, kalau malas memang tak masak langsung kan...

hazila said...

kasihredha,
entah la kak, bila weekends je menjadi jadi kemalasannya. Walhal dah plan nak buat macam macam.